Judi Bikin Umno Bergolak, Ahli PAS Wajib Turun 3 Julai

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, June 26, 2010


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat isu kelulusan judi bola
menyebabkan kepimpinan Dato' Seri Najib mulai dipertikaikan oleh
kepimpinan Umno yang lain. Semalam sayap Pemuda Umno dan Puteri mereka
menyertai Umno Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Johor dan
Pahang membantah tindakan kepimpinan Najib yang mahu meluluskan lesen
judi bola untuk rakan baiknya, Tan Sri Vincent Tan.

Najib yang juga Presiden Umno kini menerima tekanan yang kuat dan ini
pertama kali berlaku sejak Najib mengambil tampuk kepimpinan tertinggi
parti itu tahun lepas. Jelas isu judi menjadi kudis dalam pentadbiran
Najib yang juga cucu kepada Pengerusi Genting (Syarikat Judi terbesar
negara) yang pertama, Tan Sri Mohammed Noah bin Omar.

PAS sejak dari mula-mula ditubuhkan lagi konsisten dengan perjuangan
menentang judi. Dakwaan Mahathir bahawa PAS hanya menentang judi bola
adalah satu fitnah yang dangkal. Beliau lupa bahawa ketika beliau
menjadi Perdana Menteri, PAS membantah kelulusan lesen judi yang
beliau hadiahkan kepada Syarikat Bukit Tinggi Resort yang hampir
muflis. PAS juga konsisten menentang pelbagai lesen judi yang
diluluskan zaman beliau. Sokongan beliau kepada Najib hanya membuatkan
orang memandang rendah kepada beliau.

PAS juga mengucapkan tahniah kepada pihak Polis yang berjaya menahan
dan membongkar kegiatan bookie dan sindiket judi haram akhir-akhir
ini. Gerak kerja polis akhir-akhir ini membuktikan bahawa kerajaan
mampu menghapuskan sindiket judi haram dan tiada sebab mengapa judi
harus dihalalkan dengan pengeluaran lesen.

PAS tekad untuk menyokong himpunan membantah Judi anjuran Gerakan
Rakyat Membantah Judi. Oleh itu, semua ahli PAS diwajibkan untuk turun
pada 3 Julai ini bagi menunjukan bantahan rasmi kepada dasar kerajaan
yang jahil ini. Organisasi PAS disemua peringkat diminta mengedar
risalah kempen membantah judi dan mengadakan program penerangan
berkaitan isu ini dikawasan masing-masing.

PAS juga mengajak masyarakat Cina dan India turun beramai-ramai bagi
menafikan dakwaan Mahathir yang mengatakan mereka adalah masyarakat
yang suka berjudi. Pemimpin Umno disemua peringkat juga dicabar untuk
turut serta bersama rakyat dan NGO yang membantah pemberian lesen judi
ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!