ADUN-ADUN LOMPAT PEMBOHONG & TIDAK BERMARUAH

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, July 6, 2010

Semalam YB Khalil Idham Lim mendedahkan Keshvinder (adun Malim Nawar) telah berbohong mengenai pinjaman RM 3500 yang diberi kepadanya untuk membayar hutang kereta yang telah ditarik oleh pihak bank. Keshvinder mendakwa YB Khalil memberinya wang untuk digunakan bagi membantu rakyat di Malim Nawar. Beliau mendakwa beliau keluar parti bukan kerana masalah kewangan yang dihadapinya tetapi bermasalah dengan pimpinan DAP.

Ternyata adun ini berbohong kepada rakyat, beliau sudah tersepit, pengundi Malim Nawar terlalu marah kepadanya, beliau tidak berani berdepan dengan rakyat Malim Nawar. Kenyataan itu dibuat untuk membersihkan namanya, walaupun kenyataannya seolah-olah mahu memuji YB Khalil yang sudi memberinya pinjaman kewangan tetapi dengan cara menipu. Kononnya duit tersebut digunakan untuk membantu rakyat.

YB Khalil tidak sanggup dipuji dengan cara menipu untuk membersihkan nama baik adun Malim Nawar konon. Semalam YB Khalil mendedahkan kepada media pembohongan ini. Beliau menunjukkan mesej-mesej dari Keshvinder yang mengadu masalah kewangannya, dan beliau sendiri bersama Keshvinder pergi ke Ambank bagi menyelesaikan hutang keretanya yang sudahpun ditarik oleh pihak bank.

Rakyat Malim Nawar wajar menghukum wakil rakyat penipu macam ini. Ada juga yang memberi maklumat adun ini seorang pemabuk rupanya. Ini juga jelas satu imej yang sangat tidak baik kepada seorang wakil rakyat.

Inilah dia wakil rakyat yang telah mengkhianati rakyat, semua tembelangnya pecah. Kalau betul dia seorang yang bermaruah, dia mesti letak jawatan dan bagi peluang rakyat memilih orang lain sebagai wakil rakyat mereka.

Sebenarnya wakil-wakil rakyat yang melompat ini sama sahaja perangai mereka. Adun Behrang pernah bagi alasan yang mereka melompat kerana Hj Nizar terlalu ikut telunjuk DAP, menjaga kepentingan Cina lebih dari kepentingan Melayu. Walhal itu semua bohong dan tidak benar sama sekali. Sehingga sekarang adun tersebut tidak pula mendedahkan apa yang Hj Nizar lebihkan Cina berbanding dengan Melayu.

Adun Behrang ni cukup anti dengan UMNO, mana-mana pemohon tender ke, projek ke, balak ke, tanah ke atau apa sahaja projek kerajaan, kalau syarikat-syarikat tersebut ada kaitan dengan UMNO pasti akan ditentangnya. Beliau bercakap sendiri dengan saya betapa antinya beliau dengan UMNO, sedangkan Hj Nizar bahkan Ngeh dari DAP masih juga mahu memberi peluang kepada mana-mana pemohon tidak kira apa kefahaman parti sekalipun asalkan rekodnya baik, jujur, tidak ada rasuah, projek pula siap ikut jadual, tidak ada unsur Ali Baba, tendernya pula tinggi dan sebagainya pasti akan diberi pertimbangan kelulusan. Adun Behrang ni cukup pantang sebut nama UMNO depannya, alih-alih dia keluar PR sokong pula UMNO BN. Tidak munafiq ke namanya tu?

Adun ini juga mendakwa Hj Nizar lebihkan Cina & DAP berbanding orang Melayu. Hakikatnya sekarang Zambry lulus peruntukan yang begitu besar kepada sekolah-sekolah Cina lebih 3 juta sebagaimana yang diumumkan dulu, Zambry juga turut memberi geran tanah kepada penduduk Cina di Kg. Baru, beri pulak peruntukan RM 50 ribu kepada setiap MCA Bahagian seluruh Perak, peruntukan untuk tempat-tempat ibadah orang bukan Islam juga lebih tinggi berbanding di zaman PR dan macam-macam lagi.

PR tidak pula mengambil kesempatan untuk bangkitkan sentimen perkauman dalam isu ini.
UMNO menjaja merata kampung bila kerajaan PR bagi geran kepada penduduk Kg. Baru, bagi peruntukan setiap sekolah Cina lebih kurang 30 - 60 ribu setahun, saban hari media mainkan isu ini, penceramah UMNO pula jadikan isu ini menjadi isu perkauman yang sempit, sedangkan dalam masa yang sama sekolah agama rakyat diberi bantuan perkapita semula, bahkan diberi tanah 2500 ekar untuk diusahakan bagi menjana pendapatan dan banyak lagi kalau nak disebut.

Sekadar nak beritahu betapa sempitnya pemikiran adun-adun ini. Demi kepentingan peribadi sanggup mengkhianati amanah rakyat dan sanggup pula menjilat setiap kahak dan muntah yang telah diluahkan. Orang macam ini, memang tidak ada maruah dan sangat sesuai duduk bersama dengan UMNO BN yang juga bermaruah.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!