AL FAHDIL UST SHUIB HUSEIN MENINGGAL DUNIA.

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, July 3, 2010

Al Fadhil Ust Shuib Husein, Timbalan YDP Kawasan Kampar dan juga Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Perak telah meninggal dunia di Hospital Kampar jam 1.20 pagi tadi. Jenazahnya akan disempurnakan di kediaman anak perempuannya di Taman Sejahtera pagi ini.

Al Marhum sebelum ini telah menderita sakit jantung, darah tinggi dan stroke dan sering keluar masuk hospital. Beliau seorang yang sangat aktif dengan kerja-kerja parti terutamanya pilihanraya. Setiap kali ada pilihanraya kecil beliau tidak pernah menguzurkan diri, beliau bertugas sepenuh masa sepanjang pilihanraya kecil berjalan. Kali terakhir beliau bertugas dalam pilihanraya kecil di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Selepas itu beliau diserang stroke dan dirawat di hospital sekian lama dan seterusnya terlantar di rumah anak perempuannya.

PAS Perak dan seluruh kawasan-kawasan kehilangan seorang pejuang yang begitu gigih dan sangat pakar dengan kerja-kerja pilihanraya. Pemergian Ust Shuib sangat dirasai oleh seluruh ahli PAS di negeri Perak. Al Marhum seorang yang sangat mudah menerima undangan bagi memberi kursus atau taklimat yang berkaitan dengan pilihanraya, al Marhum jarang menghampakan jemputan-jemputan tersebut. Minatnya sangat mendalam dengan kerja-kerja pilihanraya, setiap kali ada pilihanraya di manapun, beliau pasti yang terawal sampai berkampung di DUN tersebut dan juga yang terakhir meninggalkan dun selepas berakhir pilihanraya.

Pengorbanan dan semangat juangnya inilah yang wajar dicontohi oleh ahli-ahli PAS terutamanya generasi muda. Semangatnya mengatasi anak-anak muda PAS dalam kerja-kerja pilihanraya.

Saya mengenali beliau sewaktu menetap di Tapah pada tahun 1987 lagi. Ketika itu saya tinggal di Markaz PAS Taman Bukit Hijau Tapah dan menjadi Ketua Pemuda PAS Kawasan Tapah. Di markaz tersebutlah saya sering bertemu dengan Ust Shuib Husein kerana Kampar ketika itu masih dalam pentadbiran PAS Kawasan Tapah sehinggalah Kampar berjaya ditubuhkan selepas itu dan mempunyai markaznya sendiri di Taman Melayu Jaya Kampar. Ketika itu beliau masih berkhidmat sebagai guru agama kerajaan.

Selepas bersara sebagai guru, al Marhum terus melibatkan diri sepenuh masa dengan kerja-kerja parti. Beliau pernah menjadi Bendahari PAS Negeri Perak suatu ketika dulu. Di Kampar walaupun beliau sebagai Timbalan YDP, namun beliaulah yang banyak menjalankan kerja-kerja YDP, kerana YDP Kampar ketika itu YB Dato' Seri Hj Nizar sebuk dengan urusan kerajaan negeri sebagai Menteri Besar dan juga sebagai Ahli Parlimen Bk Gantang dan Adun Pasir Panjang.

Semuga sumbangannya dalam perjuangan Islam akan diterima oleh Allah sebagai amal solehnya dan semuga al Marhum akan ditempatkan bersama para syuhada dan solehin. Amin Ya Rabbal Alamin

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!