Hujung minggu ini PAS Perak padat dengan dua program besar peringkat Kebangsaan dan peringkat Negeri.
Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS akan diadakan pada 31hb Julai 2010 mulai jam 2.30 petang di Hotel Hilcity Ipoh. Perasmian akan disempurnakan oleh Datuk Hj Mustapa Ali, Setiausaha Agung PAS Pusat. dijangka 500 orang ahli-ahli Kelab Penyokong PAS akan menghadiri program pelancaran ini.
Manakala Himpunan Warga Felcra Kebangsaan pula akan diadakan di Changkat Lada, Seberang Perak pada 1hb. Ogos 2010. Perasmian akan disempurnakan pada sebelah pagi. Dijangka ribuan warga felcra dari seluruh negara dan khususnya Perak akan membanjiri Changkat Lada bagi menyertai program ini. Kemuncak program adalah ceramah Perdana yang akan dihadiri oleh YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin, Hj Mohd Sabu dan Mazlan Aliman. Bukan warga felcra juga boleh menyertai program ini.
Catatan Dhuha april 2019
5 years ago