TELUK NIPAH PANGKOR TERCEMAR ANGKARA ZAMBRY

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, July 14, 2010






Semalam Pejabat PAS dikunjungi oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Bertindak Chalet Pantai Teluk Nipah yang mengadu kepada Pakatan Rakyat Perak mengenai satu Pembinaan kompleks perniagaan bernilai RM10 Juta. Projek tersebut menempatkan 35 gerai di Pantai Teluk Nipah, Pulau pangkor mencemarkan laut dan menjejas 26 pengusaha chalet di sepanjang pantai itu.

Aduan mereka didengar dan diteliti oleh YB Dato' Seri Hj Nizar dan YB Dato' Ngeh Kho Ham. Turut hadir beberapa pimpinan PAS dan DAP.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Chalet Pantai Teluk Nipah, Mahazir Husin berkata, pembinaan bangunan di pantai itu menyebabkan pengusaha chalet kerugian hampir 70 peratus.

Menurutnya, pelan asal yang dipersetujui diketepikan Kerajaan Negeri dan melaksanakan pelan kedua tanpa pengetahuan mereka. Dalam pelan kedua tersebut bangunan tersebut didirikan di atas laut. Mahazir berkata, projek pembinaan yang bermula awal Januari lalu itu jelas melanggar peraturan dan menjejaskan industri pelancongan.

“Pengusaha sukan air juga kecewa kerana mereka tiada lagi tempat untuk menempatkan peralatan. Setiap bulan kami mengeluarkan modal untuk membawa pelancong ke pantai ini secara tidak langsung ia membantu penjaja di sini.

“Kami termasuk pelancong tidak menyokong projek ini kerana ia merosakkan alam sekitar. Tiada lagi tempat untuk anak-anak dan pelancong bermandi-manda. Kami berasa sedih,” katanya.

Sidang media yang diadakan selepas itu mendesak pihak berkuasa MPM dan Kerajaan negeri khususnya ADUN Pulau Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir perlu menghentikan segera pembinaan kompleks berkenaan dan mengembalikan keindahan pantai. Projek tersebut ternyata tidak mengikut undang-undang Jabatan Pengairan dan Saliran iaitu tidak boleh dibuat apa-apa bentuk pembinaan khususnya pembinaan yang tetap dalam jarak 60 meter dari pergigian air tertinggi (air pasang). Malangnya, apa yang berlaku di Teluk Nipah hari ini, mereka telah mencemar dan membuat struktur tetap. Pengusaha-pengusaha chalet terjejas perniagaannya.

Keindahan dan keceriaan alam semulajadi Teluk Nipah yang sering dikunjungi pelancung dalam dan luar negeri tercemar dan terjejas akibat projek rakus Zambry demi menjaga kepentingan beberapa penyokongnya di Pulau Pangkor itu. Kita percaya sekiranya projek tersebut dibuat oleh kerajaan PR dulu, sudah pasti Zambry dan UMNO BN akan menjadikannya modal besar memburuk-burukkan kerajaan PR.


About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!