Ust Ibrahim dibebaskan di Mesir, Anggota Amal Perak pula ditahan di Perak

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, July 8, 2010

Ust Muhammad Zulkifli atau Ust Ibrahim telah dibebaskan oleh polis Mesir, sekarang beliau sedang menunggu penerbangan untuk pulang ke tanah air. Beliau ditahan oleh polis Mesir atas sebab-sebab yang sehingga pembebasannya ini pun tidak jelas penahanannya.

Sekembalinya ke tanah air nanti, segala-galanya akan diceritakan oleh beliau. Pengalaman ditahan di Mesir mungkin tidak sama sebagaimana beliau pernah ditahan di tanah air satu ketika dahulu. Difahamkan lokap dan penjara Mesir semua berada di bawah tanah. Hampir mustahil untuk kaum kerabat sekalipun peguam bela untuk berjumpa dengannya.

Walau bagaimanapun timbul juga kebimbangan kemungkinan Ust Ibrahim akan ditahan pula oleh SB Malaysia sebaik sampai di airport. Harap-harap tidak begitulah.

Sementara kita bergembira menunggu kepulangan Ust Ibrahim, semalam dapat pula berita penahanan seorang anggota unit Amal dari Padang Rengas, Perak. Beliau ialah sdr. Hanafi (Setiausaha Unit Amal Padang Rengas). Sebab penahanannya juga tidak jelas, menurut ahli keluarganya, Hanafi ditahan di rumahnya oleh SB Bukit Aman dan diberitahu kemungkinan dibawa ke Melaka untuk soal siasat. Sekali lagi berlaku penangkapan yang dibuat tanpa sebab-sebab yang jelas.

Semua ahli dan penyokong PAS diseru solat hajat dan bermunajat agar sdr. Hanapi tidak dianiayai dan segera dibebaskan.

Loading...

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!