USTAZ IBRAHIM SELAMAT PULANG KE TANAH AIR

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, July 10, 2010

Ust Ibrahim, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak telah selamat kembali ke tanah air petang Jumaat semalam. Sesampainya di KLIA beliau ditahan sementara oleh SB untuk diambil beberapa kenyataan, kemudian beliau dibebaskan.

Kini beliau bersama keluarga sedang berada di kampungnya Lenggong, malam ini beliau dijangka akan menyampaikan ucapan dalam majlis ceramah anjuran PAS Lenggong tetapi tidak dibenarkan oleh pihak keselamatan.

Satu majlis penerangan dijangka akan diadakan di peringkat negeri bagi memberi peluang pimpinan dan ahli PAS Perak mengetahui pengalaman dan sebab-sebab penangkapan beliau.

Apapun Alhamdulillah, beliau selamat pulang ke tanah air, dan pihak PAS Negeri Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha bagi membebaskannnya melalui saluran diplomatik dan juga solat hajat dan munajat kepada Allah swt.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!