MENARA WARISAN, NAJIB BERDALIH

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, October 20, 2010

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan, beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan , sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB). Ini adalah alasan “Pak Pandir” dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri. Kenyataan ini seolah-oleh hendak melepaskan bebanan ini kepada PNB, bukannya kepada beliau. Kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak. Wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.

PAS berpendapat, kalau pun benar ini cadangan daripada PNB kenapa beliau sebagai orang yang berkuasa dan tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara. Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB. Bukankah beliau selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli Parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunai yang bernilai RM320 bilion.

Nampaknya pemimpin Umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi. Samalah Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis. Beliau menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang Menteri, kerana bukan bidang kuasa Menteri. Sedangkan jawapan ini orang buta dekat Pagoh pun ketawa.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!