PENGHAYATAN QURBAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, November 19, 2010





Suasana Aidil Adha sememangnya meriah di kampung. Dari hari pertama raya haji sehinggalah hari ini setiap hari ada sahaja sembelihan qurban diadakan. Sekalipun pendapatan orang kampung sederhana sahaja, namun semangat dan roh qurban mengatasi segalanya dan sentiasa diamalkan oleh mereka. Amalan mencari kelebihan berqurban sesuatu yang sangat dipuji.

Di Kampung tempat kelahiran saya sendiri, sekiranya dihimpun semua sekali amalan qurban ini di satu tempat sejak hari pertama lagi mungkin hampir 20 ekor lembu dikorbankan. Pagi ini sahaja PAS Bagan Datoh berjaya menganjurkan sekali lagi program sembelihan qurban sebagaimana tahun-tahun yang lepas. Kali ini 6 ekor lembu berjaya diqurbankan.

Namun semangat & roh qurban hendaklah dihayati dalam aspek pengorbanan yang lebih luas dan menyeluruh yang merangkumi pengorbanan harta benda, masa dan jiwa raga bagi mendaulatkan agama Allah swt di atas muka bumi. Setahun sekali umat Islam boleh keluarkan duit lebih kurang RM 300 untuk mengambil bahagian dalam ibadah qurban, tetapi belum tentu jumlah yang sama sanggup dikeluarkan untuk infaq fi sabilillah seperti derma untuk membina markaz, derma pilihanraya dan yang seumpamanya.

Semuga ibadah qurban yang kita kerjakan hari ini dapat melipat gandakan pengorbanan kita bagi memastikan Islam tertegak di atas muka bumi. Qurbankanlah segala harta benda, jiwa raga dan masa kita demi untuk Islam.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!