KONVENSYEN PR KE 2 BERAKHIR DENGAN GEMILANG

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, December 19, 2010

Ribuan perwakilan dan pemerhati sejak awal pagi lagi telah memenuhi perkarangan Dewan Milenium Kepala Batas, tempat berlangsungnya Konvensyen PR kali ke 2.

Acara dimulakan dengan sambutan yang begitu meriah kepada ketiga-tiga pimpinan utama parti dengan iringan paluan kompang, tarian Singa dan juga silat.

Majlis perasmian dimulakan melalui ucap utama ketiga-tiga pemimpin PR. PAS diwakili YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, PKR pula oleh Datin Seri Wan Azizah, manakala DAP diwakili oleh YB Lim Guan Eng.

Ketiga-tiga pemimpin utama menyampaikan ucapan bagi menjelaskan hasrat dan pendirian parti terhadap kebersamaan masing-masing dalam mencapai cita-cita politik ke Putra Jaya.


Dalam ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua pegawai kerajaan memahami aspirasi Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah Malaysia. Manakala PR mesti menterjemah tindakan kepada semua pegawai serta rakyat supaya mereka terus mengerti hasrat PR bahawa mereka tetap bekerja di bawah PR apabila perubahan berlaku.

Rakyat pasti akan menghukum keegoan BN yang zalim, sombong dan bongkak terhadap rakyat. Ketidak puashatian rakyat terhadap isu kenaikan harga barang, salah guna kuasa, rasuah hendaklah diterjemahkan dalam bentuk tindakan politik yang berani dengan berubah dari sekarang bagi menyelamatkan Malaysia.

Gimik perasmian cukup menarik dan meriah. Acara diteruskan dengan setiap parti membentang agenda utama parti dalam rangka memenuhi kehendak rakyat. Pembentangan agenda turut dibahaskan oleh wakil-wakil dari setiap parti.

Perbahasan lebih menjurus kepada cadangan-cadangan yang mesti dilaksanakan oleh PR sekiranya mendapat mandat memerintah negara.

Di penghujung program, ketiga-tiga pemimpin utama memberi ucapan penggulungan. YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengucap terakhir mengumumkan Pakatan Rakyat akan bertanding di DUN Tenang dalam Pilihanraya Kecil yang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya baru-baru ini. Beliau turut mengumumkan PAS akan mewakili PR dalam PRK kali ini.





About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!