Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, April 4, 2011

Saya telah sampai di bumi Sarawak petang semalam, terus sahaja melapor diri di Bilik Gerakan & Penginapan petugas Perak di Taman Desa Ilmu. Setelah diberi taklimat serba ringkas, malamnya terus bertandang ke rumah bakal calon PAS di Kg. Tanjung Bundong. Perbincangan ringkas dibuat di rumah bakal calon. Beliau seorang wanita muslimah yang gigih, berasal dari bumi serambi Mekah tetapi menetap sekian lama di Sarawak. Dialeknya pun tak tumpah macam orang Sarawak, tetapi semakin rancak bersimbang, bau budunya semakin ketara.

Sekembalinya dari rumah bakal calon, kami terus mengadakan mesyuarat bagi melaksanakan tugas untuk mengadakan Majlis Pengisytiharan Calon pada malam ini. Agihan tugas diberi kepada semua petugas, perlaksanaan program malam ini cukup mencabar. Dari tugas yang paling besar sehingga sekecil-kecil tugaspun semuanya dikendalikan petugas dari luar. Petugas tempatan cukup minima, namun mereka tetap memberi sokongan moral kepada petugas luar.

Dari tinjauan petugas-petugas Perak yang sampai awal, didapati rata-rata rakyat di Muara Tuang sudah meluat dan bosan dengan Taib Mahmud dan kroni-kroninya. Kalau kena gaya berkempen dan pendekatan mesra rakyat, tidak mustahil PAS boleh membuat kejutan di Muara Tuang.

Peluang beberapa hari berkempen di Muara Tuang, kami tidak akan melepaskan peluang memperkenalkan Islam dan PAS kepada rakyat. Rupanya rakyat di bumi Muara Tuang menunggu peluang keemasan ini. Ceramah Tok Guru Datuk Presiden di kediaman rumah bakal calon dua hari lepas mendapat sambutan yang agak hebat. Sekalipun kehadiran orang ramai tidaklah sebagaimana ceramah-ceramah politik di Semenanjung, tetapi puluhan rakyat yang hadir adalah kebanyakannya penduduk tempatan. Ini suatu petanda baik untuk masa depan PAS di Sarawak.

Belum beberapa hari berada di bumi Muara Tuang, sudah ada beberapa penduduk tempatan berhasrat menubuhkan cawangan penaja PAS. Kami sambut hasrat ini dengan penuh kegembiraan. Dijangka malam ini, di samping mengisytiharkan calon PAS di N15 Muara Tuang, YB Datuk Mahfuz Omar juga akan merasmikan penubuhan dua Jawatankuasa Penaja PAS cawangan Taman Desa Ilmu dan Kg. Tanjung Bundong.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!