Kepimpinan Baru PAS Perak 2011-2013.

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, June 22, 2011

Kepimpinan baru PAS telahpun dilantik dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Perak baru-baru ini. Mereka akan menerajui PAS Perak sehingga pemilihan Jun 2013. Ramai muka-muka baru diberi peluang untuk turut sama memimpin PAS Perak. Gabungan muka lama dan baru menjadikan PAS Perak semakin mantap dan kuat. Ia juga menggabungkan para ulama, profesional dan aktivis parti. Kepimpinan PAS Perak juga berdepan dengan tahun pilihanraya. Peranan mereka sangat mencabar, sudah tentu mesej utama kepimpinan PAS Perak kali ini lebih menjurus untuk menawan semula negeri Perak dari UMNO BN. Sekiranya kemenangan dapat dicapai dengan jumlah kerusi PAS yang lebih banyak, sudah tentu mereka jugalah yang akan menerajui kerajaan negeri Perak.

Justeru itu, PAS Perak hendaklah terus mengorak langkah untuk mengatur strategi bagi menyusun jentera parti di semua peringkat supaya lebih tersusun, kemas, kuat, berperancangan dan berfokus dengan menumpukan gerak kerja menghadapi PRU ke 13. Kepimpinan PAS Perak sekalipun mungkin dipandang hebat dengan kepimpinan baru ini, ia tidak akan bermakna sekiranya jentera di peringkat kawasan dan akar umbinya lemah. PAS Perak hendaklah turun ke semua kawasan dalam tempoh yang terdekat bagi meninjau permasalahan dalaman parti terlebih dahulu dan berusaha mencari jalan penyelesaian, kemudian diikuti dengan program-program turun padang bertemu rakyat, menyakinkan rakyat, tunjukkan keupayaan untuk mengantikan UMNO dalam PRU akan datang.

Program PAS Ganti UMNO (PGU) wajar diteruskan sehingga ke akar umbi. Rakyat mahu tahu kesungguhan dan keupayaan PAS dengan melihat tindakan apa yang PAS telah buat dan apa yang PAS akan buat. Rakyat Perak buta maklumat, mereka perlu diberi kefahaman dan penjelasan. Program-program PAS tidak hanya dilihat dalam kepompong orang PAS sahaja atau dalam markaz dan kampung PAS semata-mata. Kepimpinan PAS jangan hanya pandai memimpin ahli-ahlinya sahaja, bahkan mesti boleh memimpin rakyat dan masyarakat. Institusi rakyat hendaklah didekati sekerap mungkin, manakala permasalahan rakyat diselamai.

Kini PAS menggunakan pendekatan negara berkebajikan. Pendekatan ini bukan bermakna PAS mengubah dasar dan prinsip perjuangan. Dasar PAS tidak pernah berubah sejak dulu lagi, yang berubah cuma strategi dan pendekatan. Orang bukan Islam dilihat serasi dengan pendekatan ini, mereka tidak lagi takut mendekati PAS bahkan lebih yakin dengan PAS.

Justeru itu juga, PAS Perak dengan bimbingan PAS Pusat sudah tentunya akan menerangkan kepada rakyat konsep Negara Berkebajikan dengan memberi penekanan pengisian Negara Berkebajikan itu sendiri.

Berikut adalah Kepimpinan PAS Perak Sessi 2011-2013 :-
Pesuruhjaya - Ust Abu Bakar Husein
Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya :-
YAB Dato' Seri Hj Muhammad Nizar Jamaluddin
Mohd Misbahul Munir Hj Masduki
Tuan Hj Razman Zakaria
Ketua Dewan Ulama - Ust Shuaid Din
Ketua Dewan Pemuda - Ust Zawawi Abu Hassan
Ketua Dewan Muslimat - Dr. Najehatul Salehah bt Ahmad
Setiausaha - Dr. Muhaimin Sulam
Pen Setiausaha 1 - Ismat Shahril Che Mat
Pen Setiausaha 2 - Pn Mazidah
Bendahari - Tn Hj Osman Maseri
Ketua Penerangan - Ust Nuri Al Amin bin Endut
Pengarah Pilihanraya - Tn. Hj Asmuni Awi

Ahli Perhubungan dilantik
1. YB Hj Zainuddin Yusuf
2. Ust Sidek Noor
3. Khairul Anuar Ismail
4. Azhar Rifae
5. Muhammad K. Y. Tiang
6. Zamri Ibrahim
7. Puan Rosaini Ali

Kesempatan ini saya meminta maaf kerana blog ini sejak dua bulan yang lalu tidak aktif. Ini kerana masalah teknikal dan juga kesempatan yang agak terbatas. Insya Allah ia akan kembali aktif selepas ini.

Loading...

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!