Tuanku Iktiraf BERSIH 2

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, July 5, 2011

Perkenan Tuanku Mizan selaku Ketua Negara bagi seluruh rakyat di negara ini menerima mengadap J/K Bersih merupakan suatu kemenangan Bersih dan rakyat. Perkenan Tuanku juga merupakan pengiktirafan yang Bersih bukan pertubuhan dan perhimpunan haram. Sekiranya haram masakan mungkin Tuanku menerima kumpulan tersebut mengadap.

Inilah contoh pemimpin yang benar-benar menghormati hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun. Ia sangat bercanggah dengan pendirian kerajaan dan pemimpin UMNO BN yang berperangsangka buruk dan jahat kepada Bersih. Sekalipun perhimpuan ini terpaksa dipindahkan ke Stadium, namun hasrat rakyat dan bersih tetap tercapai. Harap akan lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan menghadiri perhimpunan ini.

Titah Tuanku dijunjung penuh kasih dan setia oleh Bersih dan para penyokongnya, kesediaan J/Kuasa Bersih mengadap Tuanku bagi menjelaskan isu ini kepada Tuanku adalah satu sikap yang terpuji, sekali gus menolak gambaran buruk yang selama ini ditanggapi oleh kerajaan dan UMNO BN kononnya J/Kuasa Bersih adalah penderhaka dan pengkhianat negara.

Perkenan Tuanku juga mestilahlah dilihat sebagai keterbukaan Tuanku dalam memahami hasrat nurani rakyat yang mahu keadilan dalam perjalanan sistem pilihanraya di negara ini.

Tuanku juga mahu kerajaan BN melaksanakan amanah rakyat dengan adil dan bijaksana. Saranan Tuanku merupakan satu perintah kepada kerajaan, dan kerajaan wajib melaksanakannya. Dalam penyelesaian isu yang dibangkitkan oleh Bersih, pintu rundingan mesti dibuka. Kerajaan tidak wajar menutup pintu rundingan sebagaimana yang diisytiharkan oleh SPR dan PDRM. Menutup pintu rundingan bermakna tidak mahu isu ini diselesaikan dengan cara yang adil dan bijaksana. Akibatnya kerajaan melalui PDRM bertindak rakus terhadap rakyat, tangkapan-tangkapan dibuat bertujuan menakutkan rakyat semata-mata, walaupun rakyat tidak takut dengan tanagkapan ini.

Hasil perundingan mestilah memberi kemenangan kepada kedua belah pihak. Bersih menang, dan kerajaan juga menang. Apabila kedua-duanya menang rakyat juga yang paling layak meraih kemenangan.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!