Semakin ramai menyertai PAS

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, June 27, 2012

Tidak putus-putus orang ramai menyertai PAS sekarang ini, dari setinggi-tinggi bekas pegawai kerajaan, para artis, ahli sukan negara, bekas aktivis UMNO, bekas AJK UMNO, bekas JKKK dan sebagainya. Terkini bekas Timbalan Pengarah JAKIM, Yusuf Hasan juga telah mengisytiharkan kemasukannya dalam PAS di hadapan pimpinan tertinggi PAS.

Semakin PAS dan rakan-rakan PR ditohmah, diserang di semua sudut, menyelongkar isu-isu lapuk, mengheret isu-isu peribadi yang senghaja dicipta oleh mereka, mengada-adakan apa sahaja isu yang kononnya rakyat percaya, akhirnya menjerat mereka sendiri. 

Mereka lupa, sekarang bukan sebagaimana tahun-tahun 60an, 70an dan 80an. Internet belum wujud lagi ketika itu, telinga rakyat disumbat dengan berita-berita yang diolah begitu rupa dalam kaca tv, radio dan suratkhabar milik mereka. Program-program kerajaan yang dianjurkan digunakan untuk buruk-burukkan pembangkang. Pembangkang hanya ada gigi dan gusi sahaja, medium ceramah yang paling popular ketika itu, Harakah hanya terbit sekitar pertengahan tahun-tahun 80an, itu pun tidak sampai ratusan ribu edarannya. 

Kini suasana sudah berbeza, rakyat yang cuba ditulikan, dibutakan dan perbodohkan melalui media mereka akhirnya terkial-kial juga mencari sumber lain. Mereka jarang dan bahkan tidak pernah hadir ceramah, tetapi generasi muda melayari dunia cyber, youtube menjadi sumber yang paling popular, website, blog, facebook, twiter dan sebagainya. Alhamdulillah, rakyat dapat jawaban yang tepat dari sumber yang mereka perolehi, sumber itu disebar luaskan, disembangkan dikedai kopi, serambi masjid atau surau, dimajlis-majlis khenduri khendara dan merata di semua pelusuk desa dan kota. 


Maka berbondong-bondonglah mereka menyertai PAS, PKR dan DAP. Tidak dinafi ada juga orang PAS yang lari, tetapi seorang ahli PAS menyeberang ke UMNO, puluhan yang lain pula menyertai PAS. Kemenangan semakin hampir, UMNO semakin gelabah. Ketua Setiausaha Negara yang baru terpaksa dikuda dan dilembukan oleh mereka. Baru sahaja menjalankan tugas, belum buka file pun lagi, tiba-tiba buat kenyataan menyuruh semua pegawai kerajaan menyokong UMNO BN.

Yang benar pasti akan menang, yang batil pasti akan tumbang, Insya Allah.






About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!