Abdullah Antong akan tetap sokong PAS sekalipun belum rasmi jadi ahli PAS

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, July 10, 2012

Seawal pagi tadi Abdullah Antong hantar mesej  "jangan percaya sangat dengan berita ms 14 berita harian hari ini. Itulah mesej ringkas. Saya masih tidak faham, sebab belum baca berita tersebut. Tak lama kemudian Abdullah Antong telepon dan bersembang mengenai berita tadi. 

Menurutnya ada wartawan berita harian datang ke rumahnya tanpa diundang. Sebagai tetamu, beliau tetap melayannya. Beliau menjawab soalan wartawan dengan jujur, memang beliau belum jadi ahli PAS secara rasmi. Tapi penjelasan mengenai mengapa dia bersama PAS, sebab apa sokong PAS dan berkerjasama untuk tumbangkan BN tak pula keluar dalam berita tersebut. Dan banyak kekeliruan yang ditulis oleh wartawan.


Beliau menyakinkan saya, bila sampai masanya yang sesuai pasti beliau akan membuat pengisytiharan rasmi menyertai PAS, namun hatinya sudah dan  tetap bersama PAS. Malahan berazam dengan kuat akan membantu PAS dan PR dalam PRU akan datang bagi menumbangkan UMNO BN sekalipun belum rasmi jadi ahli PAS.





About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!