PAS Bagan Datoh simpati terhadap nasib
pekebun pisang yang tidak dibantu oleh kerajaan Perak setelah ribuan hektar
tanaman pisang musnah akibat serangan penyakit Moko atau dikenali sebagai
penyakit layu bakteria pisang. Para pekebun pisang
hilang punca pendapatan, tanaman pisang adalah sebahagian punca pendapatan
orang kampung. Bagi menyara kehidupan sekeluarga.
Penyakit moko ini disebabkan oleh sejenis bacteria. Nama saintifiknya adalahRalstonia solanacearum E. Yabuuchi. Moko ini endemik di Amerika Tengah
dan Amerika Selatan. Ia menular ke merata dunia termasuklah negara kita.
Bakteria ini menyerang tanaman makanan seperti pisang, ubi kentang, tomato,
terung, cili, dan kacang tanah.
Penyakit ini adalah ‘soil-borne’, iaitu penyebarannya adalah melalui tanah. Penyakit
ini sukar dikawal kerana ia berjangkit melalui penggunaan peralatan seperti
parang, cangkul atau pisang. Pokok lain akan dijangkiti Moko sekiranya
peralatan yang sama digunakan.
PEKEBUN PISANG DI BAGAN DATOH TIDAK DIPEDULIKAN KERAJAAN
Dicatat oleh
MisbahulMunir
Friday, July 13, 2012
Di atas keprihatinan terhadap masa depan para pekebun, Pakatan Rakyat
Bagan Datoh telah menubuhkan Badan Bertindak Pekebun-pekebun Pisang yang
diketuai oleh Sdr. Ramle @Arifin Husein. Badan Bertindak yang ditubuhkan ini
akan berfungsi mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi isu ini. Badan
Bertindak ini juga akan menuntut pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani dan Jabatan Pertanian negeri agar memberi pampasan
kepada para pekebun sebagaimana pekebu pisang di Sabak Bernam, Selangor yang diberi pampasan RM 1500 setiap hektar ke
atas tanaman pisang yang musnah akibat serangan penyakit Moko.
PAS Kawasan Bagan Datoh juga
kesal di atas sikap kerajaan yang langsung tidak peka terhadap kesengsaraan
para petani yang kehilangan punca pendapatan akibat serangan penyakit Moko. PAS
Kawasan mendesak kerajaan memberi saguhati pampasan ke atas para petani
sebagaimana petani di Sabak Bernam yang diberi saguhati sebanyak RM 1500 setiap
hektar.
Bersama Ariffin Husein di kebun pisangnya, beliau antara penanam pisang yang rugi puluhan
ribu akibat serangan penyakit Moko.