Program Gerak Tawan Perak di Rungkup pada hari Sabtu lepas berjaya menarik anak-anak muda. Program berlangsung dari pagi hingga ke malam. Sebelah pagi anak-anak muda berkonvoi mengiringi pimpinan PAS negeri Perak yang membuat lawatan dari ke kampung ke kampung. Ust Abu Bakar Husein (PJ Perak) dan Ust Zawawi Hassan (Ketua Pemuda negeri) antara pimpinan negeri yang hadir. Program bermula dengan ziarah mahabbah ke beberapa kampung dengan memberi sumbangan kepada warga yang memerlukan.
Penyertaan Amal Bikers dengan 15 buah motor berkuasa tinggi turut memeriahkan konvoi ziarah mahabbah sempena gerak tawan Perak.
Sebelah petang, muslimat juga turut menganjurkan pemeriksaan kesihatan dan ceramah kepada kaum ibu yang disampaikan oleh Dr Najehah (Ketua Muslimat Negeri) dan Dr. Nurul Husa (AJK Muslimat Kawasan).
Kuliah Maghrib turut diadakan dibeberapa buah surau dan masjid di sekitar dun Rungkup. Program kemuncaknya ceramah yang diadakan di Kg. Teluk Menikam, Bagan Datoh.