DAP menghormati pendirian PAS dan Islam

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, June 29, 2012


Lim Guan Eng
Ketua Menteri Lim Guan Eng 
Dalam program  Wacana II: Adakah Dasar DAP Mengancam Islam? yang diadakan di Shah Alam semalam, Lim Guan Eng menyeru rakyat pelbagai kaum dan agama negara ini agar tidak menjadikan isu hukum hudud, yang diperjuangkan Pas, sebagai alasan untuk berpecah kerana keamanan negara seharusnya menjadi keutamaan semua pihak. Beliau sangat menghormati pendirian PAS dalam isu ini. Menurutnya, walaupun hudud belum lagi dilaksanakan di negara ini, namun ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk rakyat berpecah-belah.

Beliau menegaskan bahawa DAP tidak akan sesekali menghasut rakyat bukan Islam untuk menentang hudud dan bencikan Islam. BN yang sebenarnya menggunakan isu ini bagi memecahbelahkan ahli dalam Pakatan Rakyat (PR) Tegas beliau rakyat tidak seharusnya masuk ke dalam perangkap BN untuk memecahbelahkan ahli PR kerana apa yang penting ialah kerjasama, persefahaman dan prinsip yang diguna pakai dalam parti.

Beliau menolak dakwaan jahat yang kononnya DAP anti Islam. DAP sentiasa patuh kepada perlembagaan negara dan hormatkan Islam sebagai agama rasmi negara, jadi tidak timbul isu yang DAP anti-Islam.
Beliau menegaskan yang agama boleh menjadi alat bagi menyatupadukan rakyat negara ini menggunakan nilai-nilai universal yang murni.

Sangat berbeza kenyataan murni DAP melalui Setiausaha Agungnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berbanding kenyataan Presiden MCA, Chua Sooi Lek. Presiden MCA mengecam hudud yang diperjuangkan oleh PAS, mengecam larangan berjudi di Kelantan, mengecam muslimat PAS yang tidak mahu berjabat tangan dengan orang lelaki Cina yang bukan muhrim, malahan mengugut untuk keluar BN sekiranya UMNO menyokong hudud yang akhirnya Najib terpaksa buat kenyataan tidak akan melaksanakan hudud. 

Lim Guan Eng yang dituduh anti Islam itulah yang meluluskan peruntukan besar setiap tahun kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, memberi sumbangan kewangan kepada para hafiz al Quran, memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat, memberi sumbangan untuk umat Islam bermore buka puasa dan sebagainya.

Adakah Gerakan dan MCA berbuat demikian sewaktu berkuasa di Pulau Pinang dulu. 

Loading...

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!