
Persoalan menghina Baginda Nabi S.A.W bukan perkara baharu. Sejak perutusan lagi, Rasulullah S.A.W telah dihina bahkan diperlaku dengan perbuatan keji dan kejam. Pada zaman kini, gaya penghinaan terhadap Rasulullah berubah mengikut arus perubahan semasa. Negara-negara Barat yang mula-mula mencetuskan bermacam-macam tohmahan terhadap Islam mula menggunakan strategi mereka terkini selepas dari serangan pemikiran iaitu serangan melalui media...