Sambungan Debat Facebook PAS VS UMNO

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, September 8, 2012



  • Yusof Burhanuddin perkara asas dlm hidup beragama adalah mentauhidkan allah dlm segala aspek kehidupan samada berpolitik,muamalah,pendidikan,antarabangsa dan semua perkara..hidup bertauhid ini bukan mudah kerana seluruhh jiwa raga perlu fokus kepada allah dan tunduk terhadap semua ketetapanNYA dan disinilah lahirnya jiwa yang bersih dari segala sifat mazmumah..untuk lahirkan jiwa yg mempunyai rasa khauf pd allah perlukan tarbiyah dan tarbiyah itu pula mesti dipandu oleh guru yg murshid yg meletakkan kehidupan akhirat melebihi kehendak dunia..nak berjuang tegakkan islam bukan dgn jalan yg mudah..kena lalui pelbagai ujian yg amat payah dan proses ini dinamakan mujahadah

  • Al Husseyn aku bangun jam 4.00 tadi baca entri Ust misbah sampai ke Subuh!

  • Al Husseyn Good work Ust Misbah. Teruskan.Umno sekadar nak menunjukan minat kpd agama tapi dah 55 tahun baru peringkat nak kaji Hudud?Agak-agak berapa lama lagi kajian itu akan siap? Lagi 55 tahun?

  • Misbah Munir Munir Betul, itu asas dlm mendidik jiwa manusia, tetapi apa yg berlaku konsep aqeedah yg diajar hanya menekankan sifat2 Allah yg 20, fahaman tauhid yg dibawa oleh Jabariah, Muktazilah, Khawarij, Syiah, Murjiah. Fiqh pula hanya mengulang2 yg berkaitan dgn solat, puasa, zakat dan haji, Tasawwuf pula sekadar jauhi riya', sombong, ujub, takabbur dan lainnya, serta sifat mahmudah ikhlas, redha, sabar dan lainnya. Akibatnya umat Islam hanya kenal sifat Allah yg 20, boleh solat, puasa, zakat, haji, juga adalah sikit sifat mahmudah dan jauhi sifat mazmumah. Tetapi hakikat sebenar dlm hidupnya lawan hukum Allah, hina para ulama, perkecil syariat Islam yg mampu menyelesaikan masalah ummat, tidak mahu bersama perjuangkan Islam, tidak mahu hudud, rasuah amalannya, amanah rakyat dikhianati, boros dlm perbelanjaan, kumpul harta unt dirinya sendiri dan kroni, aurat didedahkan, riba' jadi sistem ekonomi, undang2 manusia yg didaulatkan berbanding syariat Islam dan bermacam kemungkaran lagi. Ini krn tidak ada penekanan asas tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah, kalau adapun tidak meneyeluruh, kefahaman terhadap syariat Islam yg menyeluruh dan proses tazkiah nafs melalui ilmu tasawwuf tidak meresap dlm jiwa masyarakat. Fahaman sekular barat yg sesat tidak diketengahkan dlm ajaran tauhid, tok guru hanya terikat dgn kitab2 klasik semata2, tidak langsung dikaitkan dgn isu2 semasa. Ajaran yg diajar memisahkan terus hubungan manusia dgn bi'ah dan waqi' semasa.

  • Lutfi Ahmad so good explanation.like it.

  • Yusof Burhanuddin Ustaz tersasar lg dlm menjelaskan situasi semasa dan ustaz masih tidak mengakui kelemahan pas dan inilah salah satu tanda kecelaruan dlm memahami dan menghayati pengertian rubbubiyah dan uluhiyah.rubbubiyah ialah mengakui bhw hanya allah yg wajib disembah dan meyakini bhw hnya allah tuhan pencipta alam,pemberi rezeki,pengatur segala urusan dan pentadbir sekalian alam manakala tauhid uluhiyah mengesakan allah dlm pengabdian kpdnya dgn melaksanakan segala ketaatan tnpa mempersekutukannya dgn yg lain..ustaz dgn angkuhnya menuduh sistem sylibus sekolah kita hnya belajar sifat 20 yg dicedok dari fahaman muktazilah..ini adalsh tuduhan palsu dan menyesatkan..ustaz seolah olah ketandusan idea apabila bercakap soal akidah sdgkan ustaz yg mengajar di smk sri muara telah mengajar pelajar dgn silibus yg lengkap bg melahirkan insan kamil dan berwawasan.ustaz makan gaji dulu pun hasil dari sistem pendidikan yg dirangka oleh menteri umno pd era tun razak dan tun hussein yg berjaya mewujudkan maktab perguruan islam.klu nak diharapkan pas punye idea,bangunkan kohilal pun bankrup,hpa pun mcm hidup segan mati tak mau..nak harap apa pd pas dari sudut ekonomi?setakat berniaga pasar malam maybe boleh kot..berbalik soal akidah,umno telah berjaya mendidik org melayu mentauhidkan allah dan hasilinya ramai umat islam melayu berjaya dlm pendidikan dan dlm masa yg sama mereka tetap solat dan berzakat..cuma klu ada yg rasuah itu bukan salah umno tp individu yg gagal taat itu punca ada rasuah dan itu adalah tabiei manusia yg dicipta allah ada yg baik dan ada yg buruk dan itu juga hikmah diciptakan syurga neraka dan dosa pahala.apa pun,tahniah kpd umno yg telah byk membina dan melahirkan insan yg baik baik spt para mufti,puluhan ribu ustaz,ratusan ribu cikgu,imam,dan jutaan manusia yg masih kekal dlm keadaan beriman kpd allah hasil tarbiyah umno yg digunapakai di semua ipta dan semua silibus di ipta skrg masih guna sistem yg menteri dari umno lah yg meluluskannya..apa yg pas dah buat?pas cuma pandai beri ceramah je

  • Misbah Munir Munir Saya tidak maksudkan apa yg diajar sekolah, saya tahu sukatan pai hari agak baik berbanding dulu. Saya mengajar agama dulu dan mendidik mengikut sukatan. Yg menjadi masalah, kita mendidikan mengikut acuan yg betul, tetapi bi'ah yg ada di sekeliling tidak baik. Kita ajar wajibnya tutup aurat, ada aktiviti lain yg mengajar buka aurat. Kita ajar batas pergaulan dlm Islam, di luar sana ada aktiviti yg ditaja kadang2 oleh kerajaan dan umno, pergaulan bebas, akademik fantasia, mento dan program2 realiti yg lain. Filem dan drama tv mendidik org jadi rosak akhlak, laki perempuan bukan muhrim berpeluk. Ini seumpama benih yg ditanam sudah cukup baik, bajanya juga baik, tanahnya juga baik, sistem penanaman pun baik, tetapi persekitaran tidak cukup baik, rumput lalang dan segala makhluk perosak tidak disekat, akhirnya anak2 jd rosak.

  • Misbah Munir Munir Ana harap sdr Borhan rujuk dulu mana-mana kitab tauhid yg membicarakan konsep tauhid Rububiyah dan Uluhiyah secara meluas sebelum menulis, apa yg kita tulis dibaca oleh org lain. Saya bukan terus tulis dlm perkara-perkara yg berkaitan dgn agama. Sebab itu kadang@ ana ambil masa dulu sebelum tulis. Ana nak simpulkan sahaja berdasar kitab2 klasik dan terkini. Tauhid Rububiyyah bukan shj mengakui Allah yg menghidupkan, mematikan, memberi rezeki, mengatur perjalanan alam, memberi sakit, menyihatkan, menurunkan bala dan sebagainya. Termasuk dlm pengertian Rububiyah, Allah juga yg mencipta undang2 dlm kehidupan manusia berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Orang kafir juga mengakui hakikat ini. Ini bermakna segala kehidupan manusia dlm segala urusan di dunia diatur oleh Allah swt, manusia tidak berhak mencipta peraturan lain, sebagaimana manusia tidak berhak dan tidak upaya turunkan bala, musibah, hujan, kemarau, banjir dan sebagainya. Tauhid Uluhiyah itulah yg membezakan antara i'tikad orang kafir dgn orang Islam. Uluhiyyah adalah pelaksana dan bukti keimanan hamba terhadap Rabbnya yakni Allah swt, bermakna apabila diakui Allah yag menghidupkan, mematiikan, memberi rezeki dan sebagainya maka hanya Allahlah yg berhak disembah, meminta pertolongan, memohon keredhaannya, tidak ada lain yg berhak disembah melainkan Allah. Begitulah juga kita mengakui Allah yg mencipta segala peraturan dlm kehidupan manusia termasuk peraturan berekonomi, bersosial dan bernegara dgn segala syariatnya, maka hanya sistem @ syariat Allahlh juga yg berhak dilaksanakan, manusia tidak boleh sewenang2nya mengadakan peraturan lain. Semua syariat Allah bertujuan memelihara agama, akal, harta, jiwa dan maruah (akhlak). Ini yg sebenar sepatut ditekankan dalam pengajaran di masjid atau surau. Fahaman muktazilah, khawarij, syiah diserang habis2an, ideoogi sesat yg menyebakan manusia menolak perlaksanaan syariat Allah dibiarkan. Inilah juga yg ditekankan oleh Tok Guru dan Ustaz2 PAS dalam pengajian berkitabnya di mana-mana pun. Saya tidak sombong dan angkuh, kalau saya sombong, lebih baik saya tidak melayan kamu Borhan, banyak kerja lain yg saya nak buat. Apa pun terbaik unt anta sebab memberi peluang saya menulis panjang untuk kebaikan semua orang lain. Saya bersedia ditegur klu yg saya tulis menyimpang dan lari dari aqeedah yg sebenar. saya cadang kalau Borhan fikir tulisan saya sesat lagi menyesatkan, printkan dan bagi pada mufti atau ulama2 yg lain unt dinilai.

  • Yusof Burhanuddin Sempena audil fitri ni kita hiasilah dgn maaf bermaafan..jgn mare ye ustaz

  • Misbah Munir Munir Ok, sama-sama. Salam aidil fitri, Taqabbalallah minna wa minkum.

  • Yusof Burhanuddin Minta tolong beritau maklumat ditil seminar hudud tu..amat perlu rasanya wakil umno terlibat dan dijemput..apa info terkini sms je 0132591473

  • Misbah Munir Munir Ok, maklumat awal, tarikh dipinda ke 13 Okt 2012, tmpt di de palma hotel, Ampang. Maklumat lain akan diberitahu kemudian.

  • Yusof Burhanuddin Klu tak jadi ana nak cdgkam agar jakim yg kendalikan supayaa penyertaan lebih menyeluruh dan semua ipta dpt dilibatkan sama

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!