PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, December 4, 2012

Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh. Kunjungan mereka disambut mesra oleh penduduk tempatan yang sedang membeli belah. Meraka disapa, ditanya khabar, diberi risalah penerangan dan diajak buat perubahan pada PRU akan datang. Tn Hj Razman Zakaria, Timbalan PJ Perak mengetuai kunjungan ini. Turut mengiringinya YDP PAS Kawasan Bg Datoh dan Ketua Cabang PKR Bg Datoh, sdr Madhi Hasan. Turut serta Salman Salleh, SU DPP Negeri, Ust Suhaimi, AJK Dewan Ulama Negeri dan ramai lagi. Berbagai program diatur oleh PAS Kawasan. Program bermula awal pagi dengan sarapan pagi di kedai Pak Husein @ lebih glamour Chuck Norris, tazkirah turut disampaikan oleh Ust Suhaimi Wafir. Kunjungan ke Pasar Sehari Pekan Bg Datoh antara yang paling meriah, rata-rata rakyat menyambut baik dan mesra. Pimpinan PAS Perak turut terserempak dengan Raja Gelek, Datuk Md Daud Kilau yg turut berkunjung ke Pasar Sehari. Beliau menjawab positif ketika menerima risalah dan diajak membuat perubahan. Selain itu, pimpinan PAS Perak turut menghadiri majlis khenduri kahwin di beberapa buah kampung. Ziarah kebajikan turut diadakan bagi menziarahi warga emas dan keuzuran. Muslimat pula menganjurkan minum petang bersama orang kampung bagi meraikan jamaah haji yang baru pulang ke tanah air. Pemuda pula bermain futsal dengan anak-anak muda di kampung. Penempatan masyarakat Cina dan India di Bagan dan estet turut dikunjungi. Sebelah malam beberapa pimpinan PAS menyampaikan kuliah maghrib di 7 buah masjid dan surau. Ceramah kelompok bagi menjelaskan isu-isu semasa juga diadakan di 5 buah kampung. Alhamdulillah, sambutan dari kalangan masyarakat yang dikunjungi menyakinkan PAS dan PR akan menang pada PRU akan datang di DUN Rungkup dan Parlimen Bagan Datoh

Loading...

About Me

My Photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!