Selain program rasmi yang telah diatur, YAB MB Perak turut turun ke masjid-masjid sekitar Bandararaya Ipoh untuk Solat Subuh berjamaah, dan kesempatan itu diambil untuk menyampaikan tazkirah subuh di Masjid, begitu juga solat Jumaat, YAB MB bukan sahaja menunaikan solat Jumaat bahkan turut menyampaikan tazkirah sebelum Jumaat.
Para Jamaah teruja dan kagum dengan YAB MB yang disifatkan Profesional yang menjiwai sifat dan akhlak para ulama. Boleh mengimami solat dan menyampaikan kuliah dan tazkirah dengan begitu baik sekali.
Kuliah Subuh MB di Masjid Kg. Tengku Husein dihadiri ribuan orang pagi Ahad baru-baru ini. Jarang berlaku di Masjid-masjid sekitar Ipoh, kuliah Subuh dihadiri begitu ramai jamaah, tetapi berlaku pagi Ahad yang lalu, Kuliah Subuh MB dihadiri ribuan orang seumpama kehadiran jamaah pada hari Jumaat.
Kuliah yang disampaikan pula memukau ribuan jamaah, secara bersahaja YAB MB menyampaikan kuliah mengenai puasa, iktibar puasa, kelebihan puasa, dan juga mengingatkan tangungjawab kerajaan dalam melihara hukum solat dan sebagainya.