Program Ehya’ Ramadhan di pejabat SUK

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, September 9, 2008

Tazkirah Ramadhan diadakan setiap pagi selama 20 minit di bangunan Perak Darul Ridhuan melalui siaraya yang didengari oleh semua pegawai dan kakitangan pejabat.

Disampaikan secara bergilir-gilir oleh YAB MB Perak sendiri, EXCO Agama, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan kerajaan Negeri, Dato’ Mufti, Imam Besar Masjid negeri dan lain-lain termasuk para ulama.

Tazkirah Zohor juga turut diadakan setiap hari di Surau bangunan SUK, disampaikan juga secara bergilir-gilir oleh YAB MB, EXCO Agama, pegawai-pegawai Khas MB dan ustaz-ustaz dari JAIP.

Suasana ini mengambarkan suasana Islamik di bangunan pentadbiran kerajaan negeri, sekali gus menjawab tohmahan BN kononnya MB Perak dari PAS dihalang oleh DAP dalam melaksanakan imej Islam dalam kerajaan negeri.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!