Isu Pemberian Tanah Kepada Sekolah Cina

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, September 9, 2008

Kerajaan lulus 1000 hektar tanah kepada 9 sekolah jenis kebangsaan Cina untuk dimajukan supaya hasilnya dapat membantu sekolah tersebut membangunkan semua keperluan sekolah.

Sebelum ini kerajaan BN sentiasa memberi peruntukkan tahunan RM 30,000 kepada setiap sekolah-sekolah Cina, tetapi dalam masa yang sama tidak pernah memberi bantuan kepada mana-mana sekolah agama rakyat. UMNO tidak heboh pun ketika itu. Tanah yang diberi pula bukan hak milik kekal, tetapi pajakan selama 30 tahun, secara tidak langsung kerajaan negeri akan dapat hasil daripada bayaran premium tersebut.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan dapat hasil nanti, apabila cukai sawit dikuatkuasakan oleh kerajaan di mana setiap pokok akan dicukai sebanyak RM 5 setahun.

Sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Perak, kerajaan negeri telah mengumumkan akan sentiasa member perhatian serius mengenai perkembangan SAR di negeri ini, malahan telah mengarahkan agar beberapa tindakan segera diambil bagi memeliharan dan membantu SAR yang selama ini diabaikan dan dianaktirikan kerajaan BN.

Langkah awal yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri ialah meluluskan peruntukan khusus untuk pembangunan beberapa Ma’ahad Tahfiz di negeri Perak dan beberapa sekolah yang lain.

Kerajaan juga telah mengumumkan untuk mengembalikan semula bantuan perkapita kepada seluruh SAR, YAB MB Perak telah meluluskan RM 1.3 juta dari peruntukan khas MB untuk diagihkan kepada 23 buah SAR, penyerahan bantuan perkapita ini akan disampaikan sendiri oleh DYTM Raja Muda Perak sempena majlis perasmian Masjid dan Berbuka Puasa di Masjid Kg. Kelan, Slim River dan Masjid Seri Perkasa, Hutan Melintang, Bagan Datoh.

Walaupun peruntukkan yang dikeluarkan tidak termasuk dalam bajet negeri 2008 kerana kerajaan Pakatan rakyat mengambil alih mulai Mac, tetapi beberapa peruntukan khas Menteri Besar digunakan semata-mata bagi tujuan membantu dan memeliharan Institusi SAR.
Selain itu.

Kerajaan negeri juga bersetuju untuk meluluskan tanah kepada sekolah-sekolah agama rakyat supaya diusahakan.
Di zaman pemerinatahan BN, ada beberapa buah sekolah agama rakyat yang pengetuanya ialah ahli majlis fatwa kerajaan negeri, sekolah yang pengetuanya sendiri ahli majlis fatwa pun tidak pernah dibantu oleh kerajaan BN, apatah lagi sekolah lain.

Kerajaan negeri juga menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap institusi Islam di negeri ini dengan menaikkan elaun guru KAFA yang seramai 3120 orang dari RM 500 kepada RM 570, begitu juga guru-guru tadika Islam dinaikkan elaun dari RM 450 ke RM 570.

Kerajaan negeri juga sedang merangka beberapa program yang lebih komprehensif seperti E masjid dalam usaha meningkatkan syiar Islam di negeri ini.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!