SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, September 30, 2008

Saya ambil kesempatan memohon ribuan kemaafan kepada semua yang mengunjungi laman web ini, secara jujur saya sebenarnya tidak banyak masa untuk membuka web sendiri, apatah lagi member maklumat-maklumat terkini kerajaan negeri Perak.

Ini disebabkan kerja sebagai Setiausaha Politik tidak ada batas waktu, Di pejabat bukan sahaja mengatur urus program YAB MB Perak, malahan turut menerima tetamu-tetamu yang tidak pernah lengang di pejabat MB Perak, bukan setiap jam bahkan setiap 15 minit setiap hari ada sahaja tetamu-tetamu yang perlu diberu perhatian, tak kurang juga yang datang sekadar bertanya khabar, bersembang, peluang-peluang untuk mendapat projek-projek kerajaan negeri dan sebagainya. Dari perkara yang sekcil-kecilnya sehinggalah ke perkara yang besar.
Semuanya terpaksa dilayani secara berlapang dada. Di luar pejabat, di samping program bersama MB, terpaksa juga memenuhi jemputan-jemputan seluruh Perak dalam program-program yang dianjurkan. Justeru itu, ada pengunjung-pengunjung mungkin rasa jemu dan bosan kerana laman web ini tidak diupdate setiap hari. Apatah lagi ruangan komen yang tidak pernah dijawab, sehingga ada yang mengatan lembab dan macam-macam lagi. Kesempatan ini juga terima kasih kepada seorang hamba Allah (cikgu pencen) yang banyak membantu saya mengupdate laman ini.

Kesempatan berada di hari baik bulan baik ini saya memohon ribuan kemaafan. Syawal yang menjelang ini jadikan satu permulaan kemenangan untuk kemenangan yang lebih besar iaitu kemenangan yang dengan kemenangan itu Allah mengampukan dosa kita yang lalu dan dosa yang akan datang, serta Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas seluruh hamba dan makluknya.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!