JKKKP peralatkan ZainolFadzli untuk dapat kerja

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, October 16, 2008

Zainol Fadzli menunjukan dokumen bukti penyalahgunaan
kuasa yang dilakukan oleh Setpol MB Perak,
Ust Misbahul Munir

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin telah membuat laporan terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Ustaz Misbahul Munir di ibu pejabat BPR Perak atas dakwaan salah guna kuasa di sini

Dokumen yang membuktikan salah laku Misbah?

Misbahul Munir didakwa telah mengarahkan Pengarah JPS menarik balik kerja menyelenggarakan projek pembangunan sawah Sungai Manik daripada pengerusi JKKK Persekutuan dan diserahkan kepada pengerusi (JKKK) yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Seramai 36 pengerusi JKKKP telah menerima tawaran kerja bernilai RM300,000 sebelum ini tetapi telah ditarik balik ekoran arahan berkenaan.

Pengerusi JKKKP Parit 12A Sungai Manik, Encik Suib mengesahkan telah menerima surat daripada Pengarah JPS negeri bertarikh 16 Sept lalu dengan arahan penarikan balik berkuatkuasa 6 Okt lalu.

Ditanya tentang penarikan balik tawaran kerja tersebut, Misbah berkata,"Saya hairan mengapakah ahli JKKK lama masih ingin mempertahankan kedudukan dan harta atau perkakasan atau tugasan yang bukan menjadi milik mereka tetapi milik kerajaan negeri."

Alhusseyn sempat bersalaman dengan Zainol Fadzli
sewaktu di perkarangan Pejabat BPR Perak

Mengikut Misbah, "Saya berdukacita kerana saya dapati YB Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin begitu lemah penguasaan dan pemahaman dalam Bahasa Malaysia sehingga tidak dapat membedakan antara perkataan ‘arah’ dan ‘dipohon’. Secara lateralnya, jika ‘arah’ berert ia mesti diikuti, manakala dipohon bermakna merayu jika tidak menjadi halangan. Jadi ia terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara Pengarah berkenaan untuk membuat keputusan," jelas Misbah

"Yang terbukti salahguna kuasa ialah Umno, dengan menggunakan kedudukan sebagai Exco meminta JPN negeri menukarkan 4 orang guru keluar daripada Daerah Perak Tengah hanya kerana mereka dianggap menentang kuat parti Umno," katanya lagi.

sumber : alhusseyn/

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!