PULUHAN RUMAH DILANDA BANJIR DI LAWIN

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, October 16, 2008

Setiausaha Politik Menteri Besar Perak Ustaz
Mohd Misbahul Munir Masduki menyerahkan sumbangan
wang tunai bagi pihak Menteri Besar kepada
salah seorang mangsa banjir di Kampung Lawin, Grik


October 15, 2008 GRIK : Sebanyak 50 keluarga di Kampung Lawin, dekat sini kemusnahan harta benda teutama perkakasan rumah apabila rumah mereka dilanda banjir pada Selasa.

Kebanyakan daripada mereka yang menetap di kawasan lembah berhampiran aliran sungai itu gagal menyelamatkan harta benda apabila arus sungai itu melimpah ruah dengan deras dan mendadak. Walaupun biasa dinaikki air, mereka berkata inilah banjir terburuk.


Ustaz Misbah telah meluangkan waktu kira-kira sejam untuk bertemu dengan sebahagian pendudukan yang terlibat. Beliau ditemani Sdr Anuar Hashim, Setiausaha Akhbar Menteri Besar.

Hampir RM10,000 disumbangkan kepada mangsa. Ustaz Misbah menyerahkan sumbangan itu kepada Penyelia Dun Kenering Ustaz Sukri untuk diagihkan kepada mangsa.

Semasa lawatan, kelihatan para penduduk terbabit sedang membersihkan rumah masing-masing daripada lumpur.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!