Meriah Pemimpin bersama rakyat di Sungai Rokam

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, October 13, 2008

Oleh alhusseyn
Ipoh, 11 Oktober :

Sambutan Hari Raya yang diadakan di Dewan Orang Ramai Sungai Rokam, anjuran bersama JKKK Kg Sungai Rokam, Pejabat Agama Islam Daerah Ipoh dan Parlimen Gopeng telah berjaya menarik kehadiran lebih dua ribu masyarakat tempatan berbilang kaum untuk berkumpul dan bermesra bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tersebut.

Majlis yang dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perak bersama isterinya, Datin Seri Fatimah Taat dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye , turut di hadiri sama oleh beberapa pimpinan yang lain.

Kelihatan dalam majlis tersebut diantaranya ialah, YB Bukit Gantang, Roslan Shahrom, YB Encik Chan Ming Kai , YB Encik Chang Lih Kang , juga Setiausaha Bandaraya Ipoh Dato Rahim Mat Ariff , Kaunseler Dr Khairuddin Dato Malik dan Kaunseller Encik Radhi Zainon.

Majlis kelihatan meriah dan mesra kerana gulungan masyarakat tempatan biasa yang hadir dapat bersama pemimpin yang mereka kasihi.Para pemimpin telah bersalaman dan bertanyakan khabar mereka.

Selain ucapan dari dua pemimpin Pakatan Rakyat , Ir Nizar dan Dr Lee Boon Chye, Sumbangan kepada mangsa banjir dan bantuan kepada gulungan miskin juga telah disampaikan oleh Ir Nizar.

Seramai 24 orang telah menerima bantuan kewangan sumbangan daripada Baitul Mal dan juga Kerajaan Negeri. Mereka juga menerima sumbangan barangan keperluan dapur yang ditaja oleh Dr Lee Boon Chye dan Chan Ming Kai.


Para jemputan dan hadirin telah dijamu dengan hidangan hari raya seperti lemang dan rendang, satey dan nasi himpit dan lain-lain juadah yang menyelerakan.

Mereka juga dhiburkan dengan beberapa lagu-lagu nasyid persembahan kumpulan Shoutul Faizin yang terdiri daripada pelajar-pelajar SM Izuddin Shah dibawah bimbingan Ust Naim.


Ketua-ketua kampung dibawah Dun Sungai Rapat telah mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Nizar dan isteri sejurus sebelum mereka berlepas untuk menghadiri suatu majlis di Taiping untuk bersama Paduka Seri Sultan Perak di Sekolah King Edward VII, Taiping.

Pada sebelah malamnya, satu majlis forum telah diadakan dengan ahli forum terdiri daripada Ust Norazli Musa, Dr Azhar Yaakob dan Usth Rahmah Mat Isa.

Gambar ehsan Ajijoi

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!