Kenapa makan tangan kiri

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, October 29, 2008

Maaf, kalau perbuatan itu nampak tak elok dan menjatuhkan maruah. Sepanjang perjalanan dalam fligt Saya tak sihat badan, sebaik pramugari beri air mineral dan ubat, tangan kanan memegang ubat dan menyuap ke mulut, tangan kiri pula pegang air, lantas secara tak sengaja sebaik ubat disuap ke mulut, tangan kiri yang sedang memegang air pun menuang air ke mulut. Itu sahaja penjelasan sahaja. Sama juga macam orang makan nasi dengan sudu dan garfu, cuba perhatikan mereka makan, sekali-kali tangan kiri yang memegang garfu turut juga menyuap makanan ke mulut, serupa juga kita sedang makan dengan tangan, tangan kanan dipenuhi dengan sisa-sisa makanan dan kuah, tiba-tiba tercekik atau tersedak, tangan kiri dengan tak sengaja juga menjamah cawan atau gelas dan menyua ke mulut. Kawan saya pun ambil gambar. Jadi maafkanlah saya ye. Tak payah padam pun tak apa. Saya bukan hipokrit. Cerita apa yang sebenarnya. Terima kasih kerana menegur.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!