Kuota Haji MB Perak

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, October 30, 2008

Saya ucap terima kasih kepada Datuk Zahid kerana meluluskan senarai nama dari YAB MB Perak yang akan mengerjakan haji tahun ini. Saya juga ucapkan terima kasih kerana mengistiharkan dalam ucapannya di Perak baru-baru ini, keluar dalam akhbar arus perdana. Ada juga yang tak betul faktanya, Utusan Malaysia melaporkan MB Perak dan Isteri akan pergi mengerjakan haji, sebenarnya mereka berdua tak pergi.

Nama saya juga disebut oleh Datuk Zahid dalam pengistiharannya itu, saya pun hairan, besar sangatkah saya Setpol MB Perak sehingga diistiharkan oleh Datuk Zahid dalam satu majlis yang besar di Ipoh, Saya tidak tahu apa maksud tujuannya beliau berbuat demikian. Tetapi ada hikmahnya, tak perlu saya buang duit hantar mesej pada saudara mara, rakan taulan, sahabat handai yang saya akan mengerjakan bersama isteri haji tahun ini. Datuk Zahid dah tolong istihar. Dalam seminggu ini, saya jadi popular lagi sekali, dulu Ketua Pemuda UMNO Perak popularkan saya dengan laporan salah guna kuasa kepada BPR, sehari dua ini Datuk Zahid Popularkan saya sekali lagi.

Saya diberitahu oleh pegawai-pegawai kerajaan di pejabat MB, amalan yang lepas-lepas, MB Perak diberi kuota lebih kurang 20 orang untuk ahli keluarga, pegawai-pegawainya dan lain-lain. Jadi saya teruskan amalan ini dengan memohon kepada Tabung Haji, tetapi oleh kerana dah agak lewat memohon, ada pegawai di Tabung Haji suruh mohon melalui Menteri, biasanya dapat. Saya pun buat demikian. Menteri pun lulus, terima kasih lah. Sebelum nipun, saya difahamkan Datuk Zahid luluskan beribu-ribu yang memohon melalui dia, yang kami pohon 22 orang je. Tapi tak kisah lah.

Yang saya hairan, dia boleh cerita siapa saya, calon pilihanraya Rungkup yang kalah dengan calon BN, Datuk-datuk, kesitu pula ceritanya. Dalam pada itu, disuruhnya MB mencontohi sikap liberalnya yang mengenepikan politik kerana agama. Nilailah masing-masing..................... saya tak berminat memanjang isu ini.

Wasallam.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!