Aidil Fitri adalah ruang dan peluang terbaik untuk seluruh rakyat negeri Perak mendengar amanat Menteri Besarnya yang sangat disayanginya itu. Namun peluang itu dinafikan oleh Radio 3 negeri Perak apabila stesyen radio itu tidak memberi peluang kepada YAB MB Perak menyampaikan ucapan hari raya.
Rakyat Perak terkejut, terkilan dan hairan terhadap sikap Radio 3 Perak tersebut. Sebagai MB sudah tentu, beliau ingin menyampaikan ucapan hari raya, menyampaikan amanat-amanat penting yang berupa nasihat kepada rakyat agar menghayati dan menyelami falsafah syawalmemohon maaf bagi pihak kerajaan Pakatan Rakyat terhadap salah dan silap sepanjang diberi mandat dan amanah oleh rakyat bagi menerajui kerajaan.
Sebaliknya, radio 3 Perak memberi peluang kepada pegawai –pegawai tinggi kerajaan yang lain menyampaikan ucapan hari raya. Kita tidak berdengki dalam hal ini. Persoalannya siapa pemimpin kerajaan di Perak sebenarnya, siapa yang diberi mandat oleh rakyat untuk memimpin negeri Perak, siapa yang bertanggungjawab ke atas kebajikan dan hak rakyat di bumi Perak. Sudah tentulah YAB MB, semua EXCOnya dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.
Pada saya, adalah lebih adil kalau semua pemimpin dan wakil-wakil rakyat semua parti diberi peluang menyampaikan ucapan hari raya kepada rakyat. Mereka ada rakyat, ada pengundi dan penyokong, justeru itu mereka lebih patut diberi peluang menyampaikan ucapan hari raya kepada rakyat dan pengundi mereka.
Inilah situasai yang berlaku di negeri Perak, segala usaha dirancang dan dilaksanakan bagi mensabotaj YAB MB dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Bermula di awal kerajaan ini dibentuk, program-program yang melibatkan kehadiran MB Perak di program-program rasmi kerajaan termasuk bersama dengan Tuanku, ada sahaja usaha dilakukan bagi mensabotaj.
Antaranya MB Perak tidak diberi peluang memberi ucapan dalam majlis yang dihadiri oleh Tuanku, ada kalanya tidak dijemput dalam program yang dihadiri oleh Tuanku, program-program rasmi kerajaan tidak diberi liputan oleh radio Perak, Sebahagian Dewan orang ramai dan balai raya yang didirikan oleh kerajaan negeri masih dipegang oleh UMNO BN, JKKKK yang baru masih tidak boleh menggunakannya, perlantikkan ketua-ketua Jabatan yang baru pilihan MB tidak dipedulikan, ada juga usaha jahat dari pihak tertentu cuba merenggangkan hubungan intim MB dengan Istana dan bermacam-macam lagi.
Namun semua cabaran tersebut tidak menghalang semangat Kerajaan Pakatan untuk terus berbakti kepada rakyat.