MANGSA RIBUT DI FELDA NASARUDDIN DIBANTU

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, October 10, 2008

Kerajaan Pakatan Rakyat dan PAS telah menghulurkan bantuan kepada 100 lebih mangsa rebut yang melanda penduduk di Felda Nasaruddin, Bota 2 hari yang lepas. MB Perak sendiri memperuntukkan 12 ribu untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa tersebut, manakala PAS Perak turut menyumbang 10 ribu lebih bagi tujuan yang sama.

Turut membantu ialah PAS Kawasan Parit dan Unit Amal Perak yang sejak petang hari kejadian telah bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa musibah , mereka berkampung untuk menyediakan makanan dan minuman kepada mangsa tersebut, menebang pokok-pokok yang tumbang serta dan sebagainya.

Turut dilanda musibah ialah 2 buah masjid yang bumbungnya diterbangkan oleh angin ribut. YAB MB Perak dan pegawai-pegawainya di pejabat MB sempat menziarahi mangsa-mangsa dan juga menghulurkan sumbangan.

Dalam kesempatan menziarahi mangsa, YAB MB diberi peluang menyampaikan tazkirah kepada penduduk Felda Nasaruddin supaya bersabar menghadapi musibah dan menjadikan musibah yang berlaku sebagai ujian Allah yang sudah tentu ada hikmah disebaliknya.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!