ADUN BN TINGGALKAN DEWAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, November 14, 2008

IPOH : Sewaktu dewan sedang bersidang dengan rancak, dua kali semua ADUN BN meninggalkan dewan. Kerusi anggota Pembangkang kosong pada petang Rabu dan juga Petang Khamis. Inilah sikap ADUN Pembangkang yang tidak menghormati kemulian dewan dan tidak menghormati rakyat yang memilih mereka untuk menyuarakan segala permasalahan rakyat di DUN masing-masing.Dalam masa yang sama ADUN Kubu Gajah menghentam hebat ADUN Pantai Remis dan ADUN Sitiawan yang kedua-duanya juga Ahli Parlimen, mereka tidak hadir Parlimen kerana mengikuti Sidang DUN di Perak. Kubu Gajah menyifatkan mereka tidak bertanggungjawab, menipu rakyat dan berbagai-bagai cemuhan dan celaan hanya kerana empat hari tidak menghadiri sidang Parlimen.Sebenarnya kebanyakan ADUN Pembangkang yang berada dalam dewan lebih tidak bertanggungjawab kepada rakyat yang diwakili. Di Dewan, mereka lebih suka membuat kecoh, mengacau, mengeluarkan kata-kata yang kesat, berlagak sombong, angkuh kononnya PR tidak pandai mengurus tadbir negeri Perak dan sebagainya. Kalau diteliti setiap isi ucapan mereka dan soalan-soalan yang dilontarkan oleh mereka tidak lain hanya semata-mata mencari kelemahan. Kelakuan beberapa ADUN ketika berbahas tidak memperlihatkan akhlak yang sopan, mengeluarkan kata-kata yang kesat, memperlekeh ADUN PR, menunjuk-nunjuk ke arah Speaker dan ADUN PR, dan bermacam-macam lagi. Peluang tiga hari berbahas tidak digunakan dengan sebaik-baik oleh mereka. Dalam siri yang lain, blog ini akan menukilkan petikan-petikan ucapan, ungkapan-ungkapan, kata-kata yang kesat, gambar-gambar perlakuan mereka dalam dewan dan sebagainya. Pembaca blog ini boleh menyebar luaskan kepada rakyat perlakuan mereka supaya rakyat dapat menilai kedudukan mereka pada pilihanraya akan datang.

DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK LULUSKAN USUL MENDESAK KERAJAAN PERSEKUTUAN HAPUSKAN ISA.

Usul yang dibawa oleh ADUN Teja bagi mendesak kerajaan Pusat menghapuskan ISA akhirnya diterima sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri Perak. Usul yang dibentang dibahas bersama oleh wakil Pembangkang dari Pengkalan Hulu dan wakil Kerajaan dari Canning. Sewaktu wakil kerajaan iaitu ADUN Canning sedang rancak membahaskan usul ini, wakil Kerajaan seorang demi seorang meninggalkan Dewan termasuk ADUN Pengkalan Hulu yang sebelum itu turut membahaskannya. Dalam penghujahannya beliau turut tidak bersetuju beberapa aspek dalam Aktan ISA, tetapi tidaklah sampai menghapuskannya. Sewaktu undian dijalankan semua ADUN BN meninggalkan dewan.







About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!