DERMA KILAT UNTUK KELUARGA USTAZ KHAIRUDDIN

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, November 14, 2008

IPOH : Persatuan Pengusaha Stesyen Minyak Petroleum menyumbang hampir RM 10 ribu kepada keluarga Allahyarham Ustaz Khairuddin, Penolong Pegawai Pentadbir di Pejabat Mufti Perak yang terkorban dalam peristiwa rompakan yang berlaku di Stesyen Petronas, Gunung Lang, Jalan Kuala Kangsar baru-baru ini. Sumbangan tersebut merupakan derma kilat yang dilancarkan dalam majlis Makan Malam di Casuarina Hotel yang dianjurkan oleh Persatuan tersebut. Kebanyakan tetamu yang hadir 95 % daripadanya ialah bukan Islam. Majlis tersebut dihadiri oleh YAB MB Perak yang menjadi tetamu utama mereka. Mereka bersimpati dengan keluarga Ustaz Khairuddin, Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. Yang sulung berusia 14 tahun manakala yang bongsu baru berumur empat bulan.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!