BERITA-BERITA SIDANG DUN PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, November 11, 2008

Kerajaan Perak anugerah tanah kepada Orang Asli
IPOH : YB Dato' Ngeh Koh Ham memaklumkan dalam sesi soal jawab lisan pagi ini di dewan bahawa masyarakat Orang Asli tidak diabaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Selain menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Negeri khusus menangani isu-isu kebajikan Orang Asli dengan kerjasama beberapa NGOs, kerajaan juga akan menganugerahkan hak milik tanah kepada Orang Asli untuk di tujuan penempatan, penanaman getah dan dusun buah-buahan. Buat masa ini setelah sekian lama BN memerintah Perak hanya 101 lot tanah di sahaja yang dianuegarhkan kepada orang-orang Asli di Sungai Siput.

Warga Emas dan Ibu Tunggal di bantu oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sepanjang 2008

Seramai 9701 daripada warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), pekerja cacat di beri bantuan oleh kerajaan negeri sepanjang tahun 2008. Peruntukan bantuan tersebut diperolehi melalui Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Mereka menerima Bantuan Am dengan kadar bantuan RM 50 - RM 115 sebulan, Bantuan Orang Tua RM 300 sebulan, Bantuan OKU dan Pesakit Kronik Rm 300 sebulan, Bantuan Kanak-kanak RM 100 - 450 sebulan dan Bantuan Elaun Pekerja Cacat RM 300 sebulan. Dalam Bajet 2009 yang dibentang semalam, YAB MB mengumumkan akan menaikkan kadar bantuan dengan kadar paling minima RM 200 dan maksima RM 400. Demikian dijelaskan oleh YB Zainuddin (EXCO Agama, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita)

Dasar Langkah Berjimat Cermat Kerajaan PR Perak berjaya

Dasar langkah berjimat cermat yang diumumkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya mengurangkan perbelanjaan sempena sambutan kemerdekaan iaitu hanya berbelanja RM 1.1 juta berbanding RM 2.6 juta pada tahun 2007. Selain itu, kerajaan juga menghadkan kos jamuan mesyuarat EXCO dan jamuan-jamuan keraian yang lain. Sepanjang BN memerintah, untuk jamuan makan tengahari dalam mesyuarat EXCO, setiap seorang dikenakan sebanyak RM 45.00, sekarang kerajaan menghadkan untuk untuk makan tengahari hanya RM 10.00, dan jamuan ringan tidak lebih RM 4.00. Begitu juga dalam majlis-majlis jamuan keraian, kerajaan menghadkan RM 10.00 - RM 15.00 sahaja untuk setiap seorang. Kerajaan juga turut mengawal perbelanjaan pengubahsuaian pejabat, lawatan ke luar negeri, elaun lebih masa, penjimatan utiliti dan penggunaan bekalan pejabat. Demikian dimkalumkan oleh YAB MB Perak sewaktu menjawab soalan lisan oleh seorang ADUN dari kerajaan.

Kerajaan nafi dakwaan kononnya kerajaan negeri melengahkan dan melambat kelulusan projek kerajaan Pusat

Dewan diberitahu oleh YAB MB Perak bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Menurut YAB MB, kelulusan tanah akan dipertimbangkan apabila permohonan tanah dikemukakan oleh Jabatan Pesekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Sehingga kini Kerajaan Negeri telah meluluskan projek Rumah Imigresen di Taman Meru sebanyak 1.55 ekar, Balai Polis Tanjung Tualang 0.46 ekar, Balai Polis Lawin 4.73 ekar, Mahkamah Baru Seri Iskandar 4 ekar, Mardi 464 ekar dan beberapa projek yang lain. Kesemua jumlah keluasan tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan projek-projek Kerajaan Persekutuan ialah seluas 556.89 ekar.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!