ADUN BN GANGGU UCAPAN ADUN KERAJAAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, November 11, 2008

IPOH : Ganguan-gangguan dilakukan oleh beberapa ADUN Pembangkang BN sewaktu ADUN kerajaan membahaskan Bajet 2009. Antara yang kerap menganggu ialah ADUN Pangkor. Dengan lagak kononnya dia berpengalaman, hebat dan pandai cuba ditonjolkan oleh ADUN Pangkor sewaktu mencelah bagi menganggu ADUN PR membahaskan Bajet 2009. Tingkahlakunya mencerminkan keangkuhan dan kesombongan, tabiat ini turut tidak disenangi oleh pegawai-pegawai kerajaan. Inilah watak wakil rakyat BN, membangkitkan isu remeh temeh dalam dewan. Peluang berada di dalam dewan bukan untuk mengetengahkan isu-isu rakyat sebaliknya mencari apa sahaja yang dilihat kelemahan. Kadang-kadang apa yang dibangkitkan oleh mereka seolah-olah meludah ke langit dan menadahkan mukanya untuk ditimpa air ludahnya sendiri. Alhamdulillah semua wakil rakyat PR tidak melayani dengan berbuat tabiat yang sama.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!