SIDANG DUN PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, November 12, 2008

Kerajaan lulus tanah 1000 hektar kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan 1000 hektar kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SUWA)

IPOH : Dewan diberitahu bahawa SAR & sekolah SUWA masing-masing dianugerah tanah sebanyak 1000 hektar untuk diusaha hasil bagi menjana pendapatan sekolah tersebut. SAR sebelum ini telah dinafikan hak mereka oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dalam pemberian bantuan perkapita sejak tahun 2002. Manakala sekolah-sekolah SUWA adalah sekolah yang hanya mendapat bantuan RM 30 ribu setahun. Jumlah tersebut sudah tentu tidak mencukupi bagi membiayai perjalanan pendidikan dan aktiviti persekolahan. Sekolah SUWA dan SAR mendapat sumbangan dari orang awam dan juga bergantung kepada yuran murid. Demikian dijelaskan oleh YAB MB sewaktu menjawab soalan lisan dari ADUN Sungai Rapat. Dengan pemberian tersebut, sekolah SUWA dan SAR mampu menjana ekonomi dan pendapatan menerusi aktiviti perladangan dan pertanian yang djalankan.

Kerajaan PR berjaya menarik Pelabur Asing berjumlah hampir 2 billion Ringgit ke Perak

Dalam tempoh 8 bulan memerintah Pelaburan Asing dalam sektor perkilangan telah diluluskan oleh Kerajaan PR dengan mencatatkan pelaburan bernilai RM 1,874,236,775, angka ini jauh lebih tinggi berbanding pelaburan asing untuk keseluruhan tahun 2007 yang berjumlah RM 1,382,9919,999. Sektor perkilangan ini akan memberi peluang pekerjaan kepada 2,383 rakyat Perak apabila 25 projek dibangunkan nanti. Demikian dijelaskan oleh EXCO Industri dan Pelaburan Kerajaan Negeri Perak dalam sidang DUN hari ini.

Kerajaan BN Tidak Tinggalkan Apa-apa Untuk Yayasan Perak

YAB MB Perak menjelaskan dalam dewan hari ini bahawa Kerajaan BN tidak meninggalkan apa-apa wang kepada Yayasan Perak. Pendapatan Yayasan Perak diperolehi melalui aktiviti perladangan dan pertanian. Walau bagaimanapun, kerajaan Negeri PR telah menyalurkan sumbangan berjumlah 2.4 juta ringgit untuk tujuan derma siswa kepada anak-anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran Ke IPTA.


About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!