JAMAAH HAJI BAGAN DATOH DIRAIKAN OLEH SETIAUSAHA POLITIK MB PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, November 2, 2008


BAGAN DATOH: Hampir 200 bakal haji Bagan Datoh diraikan oleh Setiausaha Politik MB Perak dalam satu majlis yang ringkas tetapi meriah. Majlis tersebut diadakan di Masjid Al Aziziah, Batu 20, Selekoh.

Dalam majlis tersebut, Misbahul Munir bin Masduki turut menyampaikan tazkirah dan beberapa amanat penting. Beliau juga telah menyampaikan salam, pesanan dan amanat YAB MB Perak kepada bakal haji tersebut.

Beliau turut mengingatkan bakal-bakal haji supaya menghayati falsafah dan hikmah haji supaya segala manasik haji yang dikerjakan dapat dihayati dengan sepenuhnya.

Selain itu, beliau juga mengharapkan ibadah haji yang dikerjakan dapat membentuk dan merubah pemikiran dan tindakan yang menjurus ke arah perjuangan menegakkan Islam.

Kesempatan itu juga diambil bagi menjelaskan isu-isu dan perkembangan terkini kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Bagi meraikan dan juga sebagai cenderahati , semua bakal-bakal haji Bagan Datoh turut menerima sedikit sumbangan yang disampaikan oleh Setiausaha Politik MB Perak tersebut.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!