
Sebelum ini Datuk Dr Hassan Ali, EXCO kerajaan Negeri Selangor menjadi pemidato utama dalam program tersebut.
Program Executive Talk merupakan program yang menghimpunkan seluruh pegawai dan kakitangan awam kerajaan negeri setiap tiga bulan sekali. Sebelum ini program tersebut diisi dengan ucap utama YAB Menteri Besar Perak. Mulai tahun ini selepas kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih teraju pemerentahan, format pengisian program diubah dengan menjemput tokoh-tokoh dari luar menyampaikan ucap utama dengan tajuk-tajuk tertentu. Tokoh-tokoh yang dijemput bukan sahaja ahli politik atau ahli akademik bahkan juga para ulama yang tersohor.

Rata-rata di kalangan pendengar berpuas hati dengan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam pidatonya itu, Anwar banyak menceritakan semula fenomena ekonomi pada zaman beliau dalam kerajaan BN sehinggalah sekarang. Beliau mengingatkan bahawa pertumbuhan ekonomi yang mampan, mantap dan laju mestilah disempadani batasan dan had tertentu, supaya bila berlaku kelembapan ekonomi , kerajaan dan rakyat sudah bersedia dengan semua kemungkinan. Beliau mengingatkan bahawa ekonomi global semakin parah dan meruncing, dan Negara Malaysia sedikit sebanyak terkena tempiasan keparahan ekonomi global itu.

Sebelum bermula majlis tersebut, YB Datuk Seri Anwar yang turut diiringi oleh isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Sdr. Mustapha Kamil Ayob sempat berkunjung hormat di Pejabat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, dalam pertemuan singkat itu, mereka sempat bertukar-tukar fikiran. Datuk Seri Anwar juga sempat mengadakan sidang akhbar bersama dengan para wartawan.