IPOH : Seluruh penghulu Negeri Perak telah dipanggil oleh YAB Menteri Besar Perak untuk diberi taklimat dan menerima arahan-arahan secara langsung daripada MB sendiri.
Selain itu, mereka telah diberi kesempatan untuk berdialog dengan MB dalam pertemuan selama 2 jam itu.
MB Perak telah menyampaikan taklimat pentadbiran dan juga arahan-arahan yang mesti dilaksanakan oleh para penghulu di mukim masing-masing. Para penghulu diingatkan supaya berkhidmat kepada kerajaan negeri dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
Prinsip,Keadilan, Amanah, Ketelusan, Kewibawaan dan Kebajikan hendaklah menjadi teras perkhidmatan mereka. YAB MB Perak tidak mahu para penghulu membelakangkan kerajaan negeri, bekerjasama dengah JKKK yang dilantik oleh kerajaan negeri dan juga penyampai maklumat yang tepat kepada masyarakat mengenai Kerajaan Negeri Perak
Menurut maklumat yang sampai ke pejabat MB, ada segelintir penghulu yang tidak memberi kerjasama dengan JKKK, malahan mengutamakan JKKP. Ada pula penghulu menganjurkan program bersama JKKP dan mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Perkara ini sangat dikesali oleh kerajaan negeri.
SELURUH PENGHULU PERAK BERDAILOG DENGAN YAB MB PERAK
Dicatat oleh
MisbahulMunir
Saturday, November 8, 2008