SIDANG BAJET PERAK PADA 10 - 14 HB NOVEMBER INI.

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, November 8, 2008

IPOH : Buat pertama kali Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan membentangkan bajet 2009 dalam sidang DUN pada 10hb-14hb. November ini. Sidang akan bermula pada 10hb Nov. Pada sidang pertama nanti, YAB MB dan seluruh EXCO akan menjawab soalan-soalan lisan dari seluruh ADUN kerajaan dan pembangkang. Bajet akan dibentangkan pada hari itu juga selepas selesai tamat menjawab soalan-soalan lisan.

Sidang kali ini pasti lebih hangat dan panas. ADUN-ADUN PR kelihatannya benar-benar bersedia untuk berdebat dan berhujjah, kalau sidang yang lepas, mereka kelihatan lesu, kerana tidak ada pengalaman, kali ini mereka akan menunjukkan taring masing-masing. ADUN PR belajar dengan pengalaman, 2 sidang DUN di Kelantan dan Pulau Pinang sempat dipelajari oleh mereka sewaktu adun-adun PR ini mengikuti persidangan di sana. Sidang tersebut akan disiarkan secara live di internet.

Bajet yang akan dibentangkan oleh kerajaan PR dijangka akan mengotai segala janji yang terkandung dalam manifesto pilihanraya. Dengan bertemakan "kebajikan" kerajaan dijangka akan mengumumkan peruntukan-peruntukan yang melibatkan kebajikan rakyat, antaranya Derma Siswa Rakyat, Tabung Kifalah Warga Emas, Tabung Khas Kebajikan Rakyat, Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil dan sebagainya.

Kita tunggulah nanti Pembentangan Bajet 2009 Kerajaan Pakatan Rakyat pada 10hb November ini.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!