TITAH TUANKU WAJIB DITAATI DAN DIHORMATI

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, November 8, 2008

IPOH: Tuanku Sultan Perak bertitah bahawa elemen politik yang keterlaluan tidak harus menganggu kerajaan pilihan rakyat memerintah.
Tuanku bertitah demikian di Istana Iskandariah, Bukit Candan sewaktu menerima penyerahan memorundum menyokong pendirian Majlis Raja-Raja yang mempertahankan hak orang Melayu oleh beberapa NGOs. Di Perak rakyat telah memilih PR untuk menerajui kerajaan negeri, justeru itu semua pihak jangan menggunakan elemen dan sentimen politik perkauman untuk menganggu mandat rakyat ini. Beri peluang PR membuktikan keupayaan membela nasib rakyat, membangunkan negeri, meningkatkan ekonomi, mengurangkan kemiskinan, melebarkan kebajikan dan sebagainya. Jangan bangkitkan sentimen rakyat dengan isu perkauman sehingga boleh menganggu gugat kestabilan politik di negeri ini. Jangan ada unsur-unsur untuk mensabotaj kerajaan negeri dan melempar tohmah yang tidak berasas ke atas kerajaan.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!