KUTIPAN ZAKAT MENINGKAT DI PERAK DI BAWAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, November 10, 2008

IPOH : Dalam sesi soal jawab lisan, YB Hj Zainuddin Yusuf (EXCO Agama)memberitahu dewan bahawa kutipan zakat fitrah, zakat harta, zakat perniagaan dan zakat tanaman bagi tahun 2008 telah berjaya dipungut sebanyak RM 43,017,350.90 berbanding kutipan zakat tahun 2007 iaitu sebanyak 42,053.060.00. Manakala agihan zakat kepada semua asnaf telah dikeluarkan sebanyak RM 30 juta lebih berbanding agihan tahun 2007 sebanyak RM 25 juta lebih. Peningkatan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat mampu mengurus dan mentadbir institusi zakat dengan baik dan berkesan. Sementara itu, dewan juga diberitahu dua syarikat anak negeri iaitu Lembaga Air Perak (LAP) dan Perbadanan Pertanian Negeri Perak (SADC) telah mengeluarkan zakat sebanyak lebih 5 juta kepada MAIP. Kedua-dua anak syarikat tersebut dipengerusikan oleh YAB MB Perak. Meningkatnya pengeluaran zakat oleh kedua-dua anak syarikat ini adalah kerana kepekaan dan keprihatinan YAB MB Perak terhadap kewajipan zakat yang difardhukan oleh Allah swt.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!