BERITA-BERITA SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, November 10, 2008

KERAJAAN NEGERI GALAKKAN PELABURAN INDUSTRI PELOMBONGAN

IPOH : Dalam sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pagi ini, YAB MB Perak menjelaskan bahawa Industri pelaburan perlombongan dibuka oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pelabur-pelabur membangunkan industri perlombongan terutamanya bijih timah. Bagi tujuan supaya Industri Pelombongan berkembang pesat dan pemilihan pelombong-pelombong dipilih dengan adil, satu Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri yang dipengerusikan oleh YAB MB Perak ditubuhkan. Hasil pendapatan Kerajaan Negeri dijangka meningkat berkaki ganda pada tahun 2009 dengan berkembangnya industri ini.

KETUA KAMPUNG DAPAT PUJIAN YAB MB PERAK

YAB MB Perak puji rakyat Perak yang sanggup menawarkan khidmat sebagai Ketua Kampung walaupun elaun mereka berkurangan akibat peruntukan elaun sebanyak 400 ringgit ditarik balek oleh Kerajaan Pusat. Sebelum ini Ketua Kampung mendapat elaun sebanyak RM 600 sebulan, RM 200 dibayar oleh Kerajaan Negeri, RM 400 dibayar oleh Kerajaan Pusat. Menghargai keikhlasan dan kerelaan mereka berkhidmat, kerajaan negeri teleh meluluskan untuk menaikkan kadar elaun mereka dari RM 200 ke RM 400, manakala Setiausaha JKKK diberi elaun sebanyak RM 200 sebulan. Sebelum ini, Setiausaha JKKK tidak menerima sebarang elaun bulanan melainkan elaun menghadiri mesyuarat. Demikian jawapan YAB MB Perak terhadap soalan lisan yang dikemukakan oleh YB Kota Tampan.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!