IPOH : Setiap hari warta FM Perak melapurkan apa sahaja berita yang diputarbelitkan mengenai Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Antara isunya ialah pemberian tanah kepada Sekolah Cina, Pemberian hak milik kekal kepada penduduk Kg. Baru, lapuran perbahasan di DUN Perak, isu rampas kamera, isu MB Perak boneka DAP dan sebagainya. Sehingga sekarang FM Perak tidak pernah menemubual YAB MB untuk memberi penjelasan terhadap isu tersebut.
Semua isu tersebut terjawab sebenarnya melalui ucapan-ucapan MB dalam majlis-majlis yang diadakan dan juga terjawab dalam sesi soal jawab lisan dan penggulungan perbahasan bajet baru-baru ini. FM Perak tidak pernah melapurkan penjelasan tersebut dengan adil. Samat Majidlah orangnya yang sering buat liputan dan laporan untuk berita FM Perak mengenai Kerajaan PR di Perak. Beliau lah yang memutar belitkan isu-isu tersebut. Yang hairan, orang seperti Samat Majid boleh pula menghantar mesej pada MB suatu ketika dahulu yang menyatakan ingin menolong MB membina imej yang popular dan baik sebagai Menteri Besar di Perak.
Rakyat Perak kena berhati-hati dan jangan mudah percaya terhada berita fitnah ini, sebagaimana firman Allah di dalam al Quran yang bermaksud " Wahai Orang-orang yang beriman, apabila datang berita dari orang-orang fasiq, maka hendaklah kamu menyiasatnya dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"
(Al Hujurat : 6)