IPOH: Kemelut siapa Presiden dan kepimpinan PAFA terjawab apabila Kongres Tahunannya semalam sebulat suara bersetuju memilih YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak sebagai Presidennya yang baru. YB Seah Leong Peng pula dipilih sebagai Timbalan Presiden.
Dua naib presiden ialah Dato Seri Isham Sharudin (Presiden persatuan bola sepak daerah Taiping)) dan Cikgu Khairudin. Sembilan ahli jawatankuasa turut dipilih iaitu Isham Sharudin (Tapah), Zainol Fadli (Teluk Intan), Abdul Aziz (Kuala Kangsar), Rizal Ali (Perak Malay), Haji Anuar Sahar, Roslan dan Abdul Manan.
Selaku Presiden PAFA, MB Perak berkuasa memilih Setiausaha, Bendahari dan lima AJK tambahan yang lain.
Semuga dengan struktur kepimpinan yang baru ini, imej pasukan bolasepak akan dapat dipulihkan semula. Dan kita mahu, sukan bolasepak bukan sahaja sebagai aktiviti permainan semata-mata tetapi dapat mempengaruhi anak-anak muda supaya menjadikan game ini sebagai satu cara mendisplinkan diri, tidak melalaikan, patuh kepada suruhan tuhan, mendekatkan anak-anak muda dengan kerajaan dan sebagainya.
Presiden PAFA yang baru adalah berjiwa agama, semuga roh agama dapat diterapkan dalam aktiviti bola, kita mahu ada kelainan dalam setiap aktiviti bolasepak, mulakan selepas solat, ada tazkirah dipadang sebelum atau selepas permainan, kalau boleh pemain Muslim menutup aurat;barulah sukan juga menjadi ibadat.
Saya telah mencadangkan kepada MB, supaya melantik salah seorang anggota majlis yang ustaz, barulah dari sudut agama dan sahsiah pemain ada pemantauan. Ustaz Taliban mungkin nampak berminat ....