IPOH : En. Anuar Hashim sah dilantik sebagai Setiausaha PAFA yang baru oleh YAB MB Perak dalam mesyuarat Jawatankuasa PAFA yang pertama semalam. En. Anuar adalah juga Setiausaha Akhbar MB. Manakala Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Hj Abdul Rahim Md Arif turut dilantik sebagai Bendahari PAFA. Selain itu, turut dilantik dalam mesyuarat semalam ialah YB En. Jamaludin Mohd Radzi juga merangkap Pengurus Pasukan Bola, En. Ajam bin Suhot dan En. Mohd Jamil Zakaria. MB Perak turut mengumumkan M. Karathu sebagai Ketua Jurulatih dan akan dibantu oleh Raja Azlan. Dengan perlantikan mereka, semuga skuad bola sepak Perak akan maju ke hadapan.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!