BERITA-BERITA PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, November 27, 2008

MB BERSAMA PARA BLOGGER
IPOH : YAB MB Perak sempat meraikan para blogger yang berkunjung ke Pejabat MB dalam satu program yang diatur oleh Setiausaha Akhbar. Beliau mengharapkan para blogger akan dapat membantu kerajaan dalam menyampaikan maklumat yang betul dan tepat mengenai kerajaan negeri Perak yang berita mengenai Perak disembunyikan oleh media arus perdana. Kerajaan akan sentiasa memberi kerjasama kepada para blogger yang inginkan maklumat yang tepat mengenai Perak.


TAZKIRAH ASAR DI SURAU TAPAK AGROFEST

Sungai Siput : Inilah keistimewaan YAB Dato’ Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Sebuk dan padat sekalipun program yang diatur oleh penganjur, namun MB Perak tetap mengutamakan Solat Berjamaah, dan menyampaikan tazkirah selepas Solat. Dalam program perasmian Agrofest di Sungai Siput baru-baru ini, dalam aturcara yang begitu padat di atur oleh pihak urusetia selepas Majlis Perasmian, beliau telah mengimami Solat Asar di Surau tempat berlangsungnya program tersebut dan seterusnya menyampaikan sedikit tazkirah kepada para Jamaah yang turut serta Solat Asar di situ.


Dalam tazkirah ringkasnya, beliau mengajak kita berfikir sejenak mengapa para Rasul dan Nabi terdahulu kebanyakkannya menjadi pengembala dan petani, kupasannya cukup mudah difahami. Ia merupakan satu proses pentarbiyahan secara tidak langsung oleh Allah swt ke atas hambanya sebagai satu persediaan untuk menjadi pemimpin agung kepada ummat. Menjadi pengembala akan melatih sifat kesabaran, ketabahan, kesungguhan, kepekaan dan sebagainya. Apa yang dilalui dan ditempuhi itulah yang bakal dihadapi sewaktu memimpin ummat nanti. Begitulah pengajaran yang dapat diambil sewaktu MB melawat-lawat pameran binatang ternak.


PERTANIAN BOLEH DEKATKAN MANUSIA DENGAN ALLAH

SUNGAI SIPUT : Seluruh hadirin terpegun mendengar ucapan YAB MB Perak sewaktu merasmikan Perayaan Agrofest , Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perak di Sungai Siput. Orang ramai terpegun apabila MB Perak mengaitkan pertanian dengan unsur akidah dan ibadah. Menurutnya pertanian adalah kerja yang sangat mulia di sisi Islam, melalui pertanian, para pengusahanya cukup mudah mendapat pahala apabila hasil pertanian dimakan oleh binatang, burung atau manusia. Selain itu, petani, penternak dan juga peladang diingatkan supaya tidak melupakan kewajipan zakat apabila cukup syarat-syaratnya.


PELABUR LUAR DATANG LAGI

IPOH : Sekali lagi pelabur asing datang mengunjungi YAB MB Perak di Pejabat Menteri Besar. Kali ini ialah Pelabur dari Amerika. Pelabur tersebut cukup yakin dengan potensi negeri Perak dalam bidang industri. Dakwaan UMNO kononnya pelabur takut untuk menanam modal di Perak meleset sama sekali. Setiap minggu ada sahaja pelabur luar negara menunjukkan minat untuk melabur di Perak.



PERANGI RASUAH DENGAN IMAN

IPOH:YAB MB Perak dalam ucapannya sewaktu merasmikan Seminar Pencegahan Rasuah Melalui Kawalan Sistem 2008 meminta semua Pegawai Tinggi Kerajaan memerangi rasuah dengan Iman. Menurutnya rasuah seumpama penyakit kanser yang bukan sahaja merosakan individu bahkan Negara keseluruhannya. Negara akan hancur dengan rasuah, beliau turut melahirkan rasa bimbang terhadap indek rasuah di Negara ini yang semakin parah. Seminar ini merupakan satu usaha kempen anti rasuah yang pertama kali diadakan di negeri Perak melibatkan kerajaan negeri. Beliau menegaskan


KETUA PEMUDA UMNO PERAK HIPOKRIT


IPOH : Zainol Fadzi Paharuddin, Ketua Pemuda UMNO Perak ternyata seorang yang hipokrit, beliau ialah Ahli Majlis PAFA yang dipilih baru-baru ini dalam Konggres PAFA. Dalam mesyuarat pertama PAFA, YAB MB Perak melantik YB Jamaluddin Mohd Radzi sebagai Pengurus Pasukan Bola Perak, difahamkan beliau dan yang lain-lain tidak membantah perlantikan tersebut. Tiba-tiba dalam laman web Pemuda UMNO Malaysia, beliau mengutuk tindakan Presiden PAFA, YAB Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin kerana melantik YB Jamaluddin yang sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah sebagai Pengurus Pasukan Bola.

Sebagai Ahli Majlis PAFA yang menghadiri mesyuarat, sepatutnya beliau boleh menyuarakannya dalam mesyuarat, bukan di luar mesyuarat setelah keputusan dicapai. Di mana suara beliau sewaktu bermesyuarat ? Mengapa beliau tidak berani menyanggah cadangan yang dikemukakan oleh Presiden PAFA ? Dalam mesyuarat semua boleh bersuara, samada bersetuju, menentang, mengkritik dan membantah. Mengapa beliau tidak menyatakan sanggahan dalam mesyuarat ? Presiden menerima atau tidak pandangannya, itu soal lain, tetapi beliau dianggap sudah menunaikan tangungjawab sebagai ahli mesyuarat yang baik apabila memberi pandangan secara jujur. Boleh jadi, ini memang perangai kebanyakan UMNO, dalam mesyuarat semuanya setuju, sebaliknya di luar mesyuarat menentang. Itu sebabnya UMNO jadi berpecah belah. Lihatlah pemilihan UMNO seluruh Malaysia, habis semuanya berpecah belah disebabkan tidak menghormati keputusan mesyuarat.

Rakyat Perak khususnya peminat bola berharap, adanya seorang dua Ahli Majlis PAFA yang fikiran dan sikapnya seumpama itu, tidaklah sampai perancangan bagi memajukan skuad Seladang Negeri Perak terencat.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!