Saya dan Setiausaha Akhbar bersama isteri masing-masing akan berangkat ke Tanah Suci pada hari ini 29hb bagi menunaikan Fardhu Haji ke Mekah. Kesempatan ini kami memohon maaf kepada semua yang mengenali saya sekiranya ada salah dan silap. Doa dan restu juga dipohonkan agar pemergian kami selamat begitu juga kepulangan kami. Yang terpenting mudah-mudahan kami beroleh haji yang mabrur. Kami sentiasa akan mengikuti perkembangan yang berlaku di Perak dan Malaysia, kemudahan internet akan kami gunakan untuk mengetahui apa sahaja perkembangan dalam negara khususnya negeri Perak yang tercinta. Kami akan melapor diri jam 3.oo petang ini di Kelana Jaya, dan dijangka akan berlepas malam ini.
Kebelakangan ini saya tidak sempat untuk update laman ini, sebuk menyelesaikan tugas-tugas sebelum berangkat ke tanah suci. Maaf kepada para pengunjung.
Doakan semuga selamat semuanya. Selamat Tinggal Semua.