Kera dihutan disusukan ...

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, December 15, 2008

Para pekerja sedang berpiket di hadapan kilang terbabit

Ipoh, 15 Disember 2008 :Pekerja-pekerja kilang Rock Chemical Industries, Malaysia Bhd, di Pinji Estet jalan Lahat di sini telah mengadakan piket secara aman dihadapan kilang tersebut menuntut supaya mereka diberikan keutamaan yang lebih daripada pekerja-pekerja pendatang dari luar Negara.

Menurut Encik Ridhuan bin Jamaluddin, Pengerusi Kesatuan Pekerja-pekerja Perusahaan Simen SeMalaysia, pihak kesatuan telah mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan kilang sebanyak dua kali, pertamanya pada 1 Disember dan kedua kalinya pada 12 Disember, bagi membincangkan masalah yang dihadapi.

“Pada perjumpaan 1 Disember itu, kami mendesak supaya kesemua 33 pekerja terlibat diambil semula tetapi pihak majikan menolaknya;kemudian pada 12 Disember lalu ,kami mengurangkan kepada 8 orang sahaja supaya diterima semula tetapi pihak pengurusan mengambil sikap untuk melengahkan – lengahkan keputusan,” kata Ridhuan.

“Pihak pengurusan kilang telah menutup operasi disini dan berpindah ke kilang baru yang lebih besar di Gopeng.Pihak pengurusan telah memberhentikan seramai 33 orang pekerja lama tetapi mengekalkan pekerja-pekerja pendatang,” katanya lagi.

Menurut Ridhuan, pekerja-pekerja yang diberhentikan rata-rata telah berumur 42 tahun keatas dan sudah mempunyai tanggungjawab berkeluarga. Dalam keadaan ekonomi yang sedang merosot sekarang ini , adalah amat sukar bagi mereka untuk mendapat pekerjaan bagi menyara hidup sekeluaga.

Kiri ke kanan - Ridhuan,Khusairi dan Ramakrishnan akan
mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk pekerja
dan majikan kilang terbabit

Tn Hj Khusairi, Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Negeri Perak yang ditemui dilokasi tersebut bersama Penolong Pengarah Kanannya, Encik Krishnan, telah menyatakan , “ Polisi kerajaan kita adalah jelas mengutamakan pekerja tempatan terlebih dahulu daripada pekerja asing.”

“Pekerja-pekerja asing hendaklah dikeluarkan dahulau jika ada masalah,’” kata Hj Khusairi kepada pemberita.

Hj Khusairi turut menyatakan pihaknya akan bertanyakan kepada pihak majikan tentang masalah sebenar yang mereka hadapi dan berjanji akan mencari jalan penyelasaian yang terbaik bagi kedua-dua pihak.

Perkembangan terbaru : Petang tadi, Hj Khusairi telah memaklunkan kepada En Ridhuan, pihaknya telah menemui pihak pengurusan dimana mereka bersetuju untuk menemui Kesatuan Pekerja dimeja perundingan pada hari Khamis 18 Disember 2008.
sumber : Alhusseyn

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!